Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Daging Kicap
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Resepi & Masakan
wanmus
huhu..xtaulah kenapa rasa rajin sangat nak kongsi resepi masakan masa bulan poser ni..hehhee..sebab terliur kot..xleh makan, dapat kongsi resepi pun cukuplah..hehehe

Daging Kicap

Bahan-bahan:
1 kg Daging (dipotong)
1/2 sudu garam
1 sudu serbuk kunyit
1-2 biji bawang besar (dipotong slice)
air perahan asam jawa
kicap manis

Cara membuat:
Gaul daging dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan seketika. Kemudian masukkan dalam kuali dan masukkan air. Masakkan sehingga air itu kering. Kemudian masukkan minyak sedikit. Bila minyak dah panas, masukkan potongan bawang, air perahan asam jawa dan kicap. Jika nak kuah, tambahkan air.

Selamat mencuba..
rajakamil
Alamak. Err...klau bayangkan je. Batal pose tak agaknya? Huhuhu. Pandai gak abang mus kita ni memasak wink.gif
wanmus
QUOTE (rajakamil @ Sep 14 2008, 02:46 PM) *
Alamak. Err...klau bayangkan je. Batal pose tak agaknya? Huhuhu. Pandai gak abang mus kita ni memasak wink.gif


hehehe..xderlah pandai memasak sangat cuma berkongsi resepi masakan..maklumlah hidup bujang dan duk pulak umah bujang ngan kawan2 bujang..jadi rajinlah memasak sebab malas nak keluar..resepi ni pun resepi mak yang ajar..so kalau tak sedap atau kurang kena ngan selera anda, mungkin anda boleh ubah skit..tapi bagi saya sedap jer..yerlah dah dari kecik makan masakan mak..hehehe..tu yang sihat jer nih..hehe
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024