Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: ASUS P565
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Produk Elektrik, Elektronik & Digital
♦محمد أفيق♦


SPESIFIKASI
SAIZ DEMENSI

102 x 60.5 x 16mm
BERAT
120 gram
JENIS PAPARAN
Skrin sentuh tft,warna 65k
SAIZ PAPARAN
480 x 640 piksel, 2.8 inci
MEMORI BUKU TELEFON
tiada had
REKOD PANGGILAN
tiada had
SLOT KAD
-microSD(TransFlash)
-256 memori flash dan 128MB RAM
-Marvell TravorP 800 MHz


TELEFON mudah alih ASUS P565 dicipta berasaskan pada sistem operasi Windows Mobile 6.1 dengan kadar kepantasan tertinggi menerusi pemproses 800 MHz.

ASUS P565 merupakan telefon PDA perniagaan terpantas di dunia yang didatangkan dengan skrin VGA dan rekaan kulit yang elegan.

Telefon bimbit itu membenarkan pengguna mengakses kepada aplikasi-aplikasi perniagaan. Ia menawarkan kemudahan memindahkan data pada kadar kepantasan tertinggi manakala skrin sentuh seluas 2.8 inci itu menyediakan paparan yang sangat jelas.

Pengguna hanya memerlukan hujung jari untuk mengawal kebanyakan fungsi dan ciri-ciri pada telefon bimbit tersebut. Antara muka sentuh Glide pada telefon mudah alih itu pula memudahkan pengguna untuk skrol, memilih, zoom ataupun flip dengan mudah.

Gabungan pemproses 800 MHz dan Glide menyumbang kepada produktiviti yang cukup efektif.

Pengguna boleh memeriksa dan mengedit dokumen mereka menggunakan aplikasi Mobile Office seperti dalam Word, Excel mahupun Powerpoint.

Selain itu, ASUS P565 juga meliputi pelbagai aplikasi lain seperti Anytime Launcher, ASUS Today, EziMusic dan EziPhoto.

Bagi penggemar rakaman gambar yang menarik dan semula jadi, ASUS P565 didatangkan dengan kamera fokus auto tiga megapiksel dengan resolusi VGA.

Pemain muzik ASUS juga menyokong pelbagai format muzik selain kemudahan Wi-Fi dan teknologi Bluetooth. ASUS P565 juga menawarkan masa bercakap sehingga tiga jam menerusi 3G dan empat jam dengan 2G.

Telefon bimbit itu juga menyediakan prestasi sistem dan grafik yang menarik.

ASUS P565 sememangnya pilihan tepat bagi kegunaan korporat untuk menguruskan pelbagai tugasan berat pada kadar terpantas.

Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan termasuklah kemudahan push mail dan perkhidmatan pengecaman kad perniagaan. Aplikasi Anytime Launcher dan Multi-Home pula membolehkan pengguna memeriksa kalendar, waktu tempatan, laporan cuaca dan berita secara langsung.

sumber kosmo
B@zSh™
Pemproses laju
Tp design x nampak elegan
Lagi cantik HTC Touch Pro, HD, Omnia & Experia wink.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024