Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: RazakSAT tiba di tapak pelancaran
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
eskep
RazakSAT tiba di tapak pelancaran

SHAH ALAM: RazakSAT, satelit kedua Malaysia yang bakal dilancarkan 21 April ini selamat tiba di Pulau Omelek, tapak pelancaran roket yang akan membawa satelit itu ke orbitnya, semalam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad.

RazakSAT yang dihantar menggunakan pesawat Hercules C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas dari Pangkalan Udara Subang Sabtu lalu dan singgah di Kota Kinabalu dan Guam sebelum meneruskan penerbangan ke Pulau Kwajalein di Republik Kepulauan Marshalls di Lautan Pasifik yang memakan masa 20 jam.

Dr Ahmad Sabirin berkata pesawat itu sepatutnya tiba di Kwajalien pada 9.30 pagi waktu tempatan tetapi disebabkan urusan imigresen, RazakSAT tiba di sana pada jam 11.30 pagi.

Satelit yang dibangunkan oleh ATSB itu kemudiannya dihantar ke Pulau Omelek menggunakan kapal pengangkut Tentera Laut Amerika Syarikat "Great Bridge" dalam perjalanan yang mengambil masa tiga jam, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi memberikan perkembangan terkini mengenai RazakSAT.

Katanya berlaku sedikit kelewatan penerbangan dari Guam ke Kwajalein disebabkan urusan imigresen memandangkan Guam dan kawasan perairannya merupakan kawasan strategik ketenteraan Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.

Beliau berkata kumpulan enam jurutera yang turut berada dalam pesawat yang membawa RazakSAT akan memulakan tugas mereka hari ini memunggah peralatan sokongan satelit itu dan membuka kontena yang memuatkan satelit itu manakala esok mereka akan melakukan ujian ke atas peralatan itu dan RazakSAT.

Pasukan ATSB di Omelek akan memastikan persediaan yang rapi sebelum pelancaran dibuat.

Dr Ahmad Sabirin berkata beliau sendiri akan ke Omelek pada 12 Mac ini di mana pada keesokan harinya akan diadakan ujian pelancaran ke atas roket yang bakal membawa satelit itu ke orbit.

Pada 31 Mac, katanya dua satelit kecil Innosat dan CubeSat akan dipasangkan pada kapsul yang membawa RazakSAT untuk dilancarkan serentak dengan satelit kedua negara itu.

CubeSAT ialah satelit kecil yang dibangunkan oleh ATSB ,manakala InnoSAT ialah satelit yang dibangunkan oleh Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.

Kapsul ialah bahagian muncung roket pelancar itu di mana satelit-satelit itu akan ditempatkan dan ia akan terpisah daripada badan roket yang membawanya apabila masuk ruangan angkasa.

Dr Ahmad Sabirin berkata RazakSAT dan peralatan sokongannya turut diinsuranskan dengan nilai US$8 juta (RM28.8 juta) memandangkan risiko aktiviti pelancaran roket untuk menghantar satelit itu adalah tinggi.

Beliau berkata RazakSAT yang mempunyai kamera resolusi tinggi dan boleh mengambil gambar dengan fokusan sehampir 2.5 meter dari udara akan digunakan bagi tujuan keamanan seperti memantau sumber hutan dan hidupan liar serta aktiviti pertanian negara.

RazakSAT dibangunkan oleh ATSB, sebuah syarikat milik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sejak tahun 2000 dan siap pada 2004. Ia kemudiannya menjalani proses ujian dan pelarasan selama tiga tahun dari 2005 sehingga tahun lalu sebelum sedia untuk dilepaskan ke orbit April ini. - Bernama

H.Metro
B@zSh™
Baguslah dengan perkembangan ni
Cuma....apa kekuatan RazatSAT? Hehe...boleh dijadikan satelit pengintip ke? rolleyes.gif
eskep
Hari tu kluar kat TV ttg ni, berita TV3 kalau tak silap. Satelit ni utk amik gambar rasanya.




Sedikit info dari GISdevelopment.net:

ABSTRACT
RazakSAT™ is the next generation of the small Earth Observation Satellite. It weighs less than 200kg carrying the optical sensors of the Medium-sized Aperture Camera (MAC. With an attitude accuracy of 0.21o and 3-axis stabilization using four momentum wheels, RazakSAT™ can provide an image with 10m accuracy with respect to the ground sampling distance (GCP). The RazakSAT™ is targeted to orbit the earth at 685km altitude with 9o inclination. It will serve the timely needs of Malaysian experts and users in remote sensing for various applications.

INTRODUCTION
The RazakSAT™ mission is to provide optimum coverage for the Malaysian region using the unique characteristic of the NEqO mission. RazakSAT™ is a small LEO satellite that carries an electro-optical payload, Medium-sized Aperture Camera (MAC). MAC is a pushbroom camera with 5 linear detectors (1 panchromatic, 4 multi-spectral).

The satellite system is able to take images in near equatorial regions and shall be controlled by the Mission Control Station (MCS). Upon the request from image data users, Image Receiving and Processing Station (IRPS) shall request MCS schedule the satellite for imaging opportunity and inform IRPS the possible date, time for image download. The satellite system shall take images of desired near equatorial regions and download the image data along with attitude and ephemeris telemetry data to IRPS.

RazakSAT PLATFORM
RazakSAT™ is designed to be compatible with a near-equatorial orbit with altitude ranging from 600 km to 800 km. RazakSAT™ with its stowed solar panels is compatible with most of small satellite launchers as a secondary payload or as a primary payload for small satellite launch such as Falcon 1. The spacecraft bus provides a typical pointing performance of 0.2 deg. The RazakSAT™ weighs less than 200 kg including 50 kg payload mass. The average power consumption is less than 150 Watts. Figure 1 depicts RazakSAT™ in stowed and deployed configuration respectively. The origin of the satellite coordinate system is located at the geometric center of the launch adaptor bottom plane. The +Z-axis is toward the payload optical axis. +X-axis is defined along the scanning direction of MAC, which is normal to the detector lines.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024