Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Khasiat madu lebah
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Kesihatan & Petua
richzuan
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

cool.gif MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
cool.gif Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
cool.gif Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
cool.gif Menguatkan tenaga batin.
taukey
madu lebah ni memang banyak khasiat. tau tak ramai body builder makan madu. aku kata manis sgt bahaya. dia orang kata mana ada bahaya. sebab madu manis original dan takkan sebabkan kencing manis. aku tatau plak ttg ni. aku dngr jer. tapi ada cuba minum kopi tambah madu dan takder letak gula la. sedap jer.
wanmus
aku baru sudah wat ulasan buku tentang madu lebah ni..dan pada masa tulah aku baru realize yang banyak sebenarnya rahsia khasiat madu yang kita tak ketahui..kalau tahu pun, kita tak amalkan..tapi satu je nak nasihatkan kepada semua iaitu kalau beli madu, tolonglah jangan disimpan di dalam peti atau di tempat yang terlalu panas..sebab khasiatnya akan hilang..sangat bagus kalau kita menggunakan madu lebah dalam bentuk aslinya..sebab mengikut kajian, khasiatnya hanyalah wujud pada keadaan aslinya
taukey
a'ah. jadi maksudnya disini kita simpan kat suhu biasala kan. cam suhu persekitaran. hehe. ni aku tak pernah dengar lagi. cuma satu sahaja aku binggung sedikit. cara pemilihan madu ni. byk orang kat luar tu dia campur campur kan madu terus madu tu tak jadi asli. tapi kita takkan nampak n tahu benda tu asli atau tak sebab dia pandai buat supaya nampak asli. sebabnya dia buat gitu supaya dia dapat buat lebih byk lagi bilangan madu dia untuk dijual.
wanmus
dalam buka kajian yang aku baca, susah nak kata madu tu asli atau tidak sebab susah untuk menentukan peratus kandungan madu sebenarnya..ianya berbeza mengikut tempat dan keadaan di mana madu itu di ambil. sebab debungan yang disedut oleh lebah tadi pastinya berbeza kandungan dari debungan pokok yang lain..begitu juga berbeza dari keadaan persekitaran yang berbeza. lebih baik kalau kita cuba dapatkan madu asli dari hutan dari madu pelihara sebab persekitarannya yang lebih terjaga dan segar.
taukey
hahahaha. kalau aku memang tak berani sangat ambik madu madu ni. aku pernah tgk kat kampung di kawasan Mukah Sarawak ni. Dia orang panjat pokok yang tinggi utk ambik madu tu. sarang lebah ada kat situ. sebab tu dia orang ambik. siap ada tangga kat pokok tu. aku tgk pun takut. kalau tgk pokok tu basah basah sebab ada madu tumpah. kerja bahaya jer aku tgk
wanmus
betull..memang bahaya..tapi diorang sanggup jugak buat benada tu sebab diorang tahu benda tu mahal nilainya..lagi2 yang segar dan fresh dari sarang kat atas pokok atau sarang mebah liar..orang kata madu lebah liar nih lebih berkhasiat dari madu lebah yang dipelihara..aku tak tau pulak..tapi rasanya dari segi logik tu ada logiknya kot..yerlah, kalau kat hutan tumbuhan macam2 dan segar, kalau yang pelihara ni tak tahulah dapat bunga dari mana.
rajakamil
Saya ada pergi ke sebuah ladang lebah. Tak silap saya, 3 tahun lepas di Cameron Highland. Ladang lebah tu dekat je dengan Taman Rama2.

Apa yang menarik minat saya ialah, petua yang dikongsi oleh pemilik kawasn terbabit.
Dia kata, madu lebah ni banyak khasiatnya. Antaranya sebagai pelawas dan ubat cirit birit.
Bagaimana tu?
Macam ni,
Untuk sembelit - campurkan madu dgn air panas dan minum
Untuk cirit birit - campurkan madu dgn air sejuk dan minum

biggrin.gif
ijamidayu
QUOTE (richzuan @ Sep 19 2008, 03:06 PM) *
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
cool.gif Menguatkan tenaga batin.


Hat nie nmpk mcm best.. smile.gif Bagi yg dah berkahwin la..

Kekadang seharian kita bekerja, bdn perlu juga tenaga tambhan..

Jadi nak bagi la umph!! Nak bagi 'senjata' ampu.. Pa lagi.. smile.gif P beli lekas madu satu!!! : )
wanmus
QUOTE (rajakamil @ Sep 22 2008, 01:46 PM) *
Saya ada pergi ke sebuah ladang lebah. Tak silap saya, 3 tahun lepas di Cameron Highland. Ladang lebah tu dekat je dengan Taman Rama2.

Apa yang menarik minat saya ialah, petua yang dikongsi oleh pemilik kawasn terbabit.
Dia kata, madu lebah ni banyak khasiatnya. Antaranya sebagai pelawas dan ubat cirit birit.
Bagaimana tu?
Macam ni,
Untuk sembelit - campurkan madu dgn air panas dan minum
Untuk cirit birit - campurkan madu dgn air sejuk dan minum

biggrin.gif


yer..untuk dapatkan tambahan dari khasiat madu ni, minum dengan air suam setiap pagi..ataupun campurkan madu lebah dengan susu..insyallah khasiatnya akan lebih mudah diserap oleh badan..hoho..kalau dah lebah tu duk cameron highland dekat ngan taman rama2, mesti bunga2 situ segar2 belaka..mesti best dan special madu tu..jomlah kita amalkan minum madu setiap pagi
rajakamil
madu apa ye yang best? Madu khaulah lah kot smile.gif
Saya pernah makan madu habbatus sauda'. Best wooo
Ini apa yang saya pernah dengar lah.
Nak tahu madu tu tulen ke tak (sebab kadang-kadang madu tu campur dengan air, atau memang 100% air gula je, pernah tengok dalam Kisah Benar TV3)

1. kalau semut tak hurung tu, betul lah tu biggrin.gif
2. die punya bentuk untuk satu titik tu bulat (sebab daya lekitan dia lagi tinggi dari daya lekatan wink.gif )
3. cuba masukkan dalam air, kalau sama je macam masukkan air gula dalam air, confirm air gula ar tu.
taukey
hehehe. yeker tips tu cara dia nak tengok madu asli dan tiruan erkk. bagus jugak tips tu. aku dulu selalu campur madu dengan air biasa ni. sedap sikit minum airnya. hahaha. tak pernah aku terfikir nak test madu tu madu betul ke tidak. tapi bila aku campur dengan air dia jadi ketul ketulan. kena kacau baru dia larut dalam air. kalau gitu mungkin rasanya asli la agaknya
WebZone-_-Attack
Lagi Khasiat Madu Lebah

KOTA BAHARU, 5 Feb (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengumumkan penemuan baru khasiat madu lebah yang didapati boleh mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan rasa sakit. "Ini adalah penemuan awal dalam kajian oleh pensyarah USM terhadap khasiat madu lebah, khususnya Madu Tualang, setakat ini," kata Dekan Fakulti Patologis dan Pendidikan Perubahan USM Prof Nor Hayati Othman.

Beliau berkata USM dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membuat 20 kajian terhadap Madu Tualang sehingga ini dan mendapati ia memberikan kesan positif kepada tubuh manusia. Antara kelebihannya termasuk berupaya melewatkan menopaus di kalangan wanita berusia, merawat penyakit diabetis, menguatkan tulang dan meningkatkan hormon di dalam badan wanita.

Maka bertambah lagi senarai khasiat tinggi madu lebah yang sering dikaitkan sebagai penawar kepada pelbagai penyakit.

Maka kajian ini menjadi satu lagi penjelasan saintifik kepada ayat Surah An-Nahl (69).








Memang madu ni kita tak boleh nafikan banyak khasiat dia kalau kita kaji betul2,Ada jugak yang tak berapa suka,terpulang. tongue.gif
taukey
ada ke orang yang tak suka dengan madu ke? hehehe. aku suka jer. terutamanya bila aku campur dengan roti dan marjerin. sedap. hehe. jangan korang meliur pulak. nanti basah forum cakap.net ni plak. memang khasiat tinggi disukai ramai. minumlah yeos. eh salah minumlah madu. haha.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024