Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Resipi Char Kuew Teow (HALAL)
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Resepi & Masakan
richzuan
Bahan-bahan:

=========

1. Kueh Teow 1 bungkus (cukup untuk 5 org mkn) 80sen (SGD 0.35)

2. Bawang putih dipotong dadu/atau diblend (satu sudu besar)

3. Cili kering (di blend, satu sudu besar) atau cili boh pun boleh..

4. Udang basah (1 - 2 ekor)

5. Kerang (100 - 300 gram) direbus dahulu (optional)

6. Kicap manis (1/2 sudu besar atau 1.5ml)

7. Kicap masin (1/2 sudu besar atau 1.5ml)

8. Kicap pekat (1/2 sudu besar atau 1.5ml)

9. Sos Nampla atau sos ikan/sotong (1/2 sudu besar atau 1.5 ml) - optional

10. Garam (1/5 sudu besar atau 1/2 sudu kecil)

11. Telor ayam (1 biji) - dipecah dan dikacau di dalam bekas kecil.

12. Taugeh (30 sen (SGD 0.10) sahaja tetapi pakai 1/5 bahagian sahaja)

13. Sayur Kuchai (optional) pakai sedikit sahaja

14. Minyak memasak sayuran (1-2 sudu besar)

15. Air (secawan)

16. Secubit belacan (shrimp paste)



Kaedah Memasak: (10-15 minit)

======================

1. Panaskan kuali dan letakkan minyak memasak. Gunakan api yang sederhana.

2. Masukkan bawang putih, cili yg di blend(kisar), dan udang basah.

3. Kemudian masukkan kicap-kicap manis, masin, pekat dan sos nampla serta belacan.

4. Kacau campuran itu tadi hingga sebati dan kemudian masukkan air.

5. Biarkan hingga campuran mendidih dan kemudian masukkan telor.

6. Kacaukan kuah itu tadi sehingga telor hancur. Masukkan 5 ketul kerang rebus tadi.

7. Masukkan garam, kueh teow (satu genggam sahaja), sayur kuchai dan juga taugeh.

8. Biarkan ramuan serasi selama 1 minit dan kemudian boleh dihidangkan panas.

9. That's all. Pasti nak buat lagi!


Jumlah Kalori: tak banyak macam satu lori..hehehehhe!

Khasiat: Protein ada, fibre ada, karbohidrat ada, kholesterol..sedikit jer. Lemak pun ada.

Pengumuman: Kurangkan garam jika nak sihat, tiada kencing manis.

Kalau nak jual sepatutnya harga macam ni..haha

Harga Jualan: RM3.00-RM3.50
B@zSh™
Ni kira cam untuk version masak kat rumah kan?
Coz aku tgk kat kedai adik aku...sos dia dah blend awal2...
Masa nak masak just guna sos ready made tu...sekejap je masak
Ye la...takkan nak masak 1 kueh teow perlu ambil masa 10min kat kedai kan tongue.gif
wanmus
huhuuhu..bestnye..lagi best kalau ade gambar skali di sertakan? mau meleleh di bulan2 poser nih sape yang melihatnya..heheheh..tu dia, siap ngan nasihat kesihatan lagi..hehe..betul jugak, masa muda ni lah nak jaga kesihatan..nanti dah sakit baru nak mengawal, memang rugi je lah..sebab dah sakit kita kene mengubatinyalah..tu pepatah kata, mencegah lebih baik dari berubat
rajakamil
pergh....kalau char kuey tiow udang/kerang, tambah je udang atau kerang kan.?
ada bahan-bahan lain tak? Aku pernah makan char kuey tiow udang kat manjung. Berdesut rasa die. 2 kali aku tambah. Bukan senang nak jumpa char kuey tiow sedap sekarang ni wink.gif

Erm, char kuey tow ngan kuey tiow, apa bezanye? Char kuey tiow ni masakan tradisi orang asli Pahang kan? Betul tak? wink.gif
Betulkan aku kalau salah ye.

Wassalam
wanmus
aku sebenanrnya ada satu soalan mengenai makanan yang diminati ramai ni iaitu char kuey tiaw..yang aku konfiusnya..ape beza antara char kuey tiaw dan kuey tiaw goreng? aku tengok macam sama je..cuma yang bezanya ialah char kuey tiaw ni macam basah2 skit kan? tapi baik bagi nama kuey tiaw goreng basah kan? ke ada sape2 tau beza antara dua makanan yang diminati ramai ni..char kuey makanan lain pulak kan? huhu..nama pun hampir2 sama je aku tengok..
rizputra7
aku rasa ler...yang bezanya dari segi mee dia kot...char kuew teow mee dia lebih halus... unsure.gif
gpk1
Cam mana aku nak print resepi ni....buatlah versi print sekali
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2025