Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: KITA MASIH BELUM BERSEDIA MEMPERTAHAN ISLAM
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah
Geekspro
By : Mohd Amzari Iberahim

Sebagai seorang Islam adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk menyebar dan mempertahankan ajaran Islam dari serangan musuh-musuh Islam yang sangat hebat menyerang umat Islam. Untuk melaksanakan tugas ini kita memerlukan ilmu berkenaan dengan perbandingan agama kerana kebiasaannya orang kafir hanya boleh melihat kebenaran Islam setelah kita mendedahkan kebatilan agama mereka melalui hujjah-hujjah yang padat secara ilmiah.


Apabila membaca artikel saudara effy saiful iaitu berkaitan dengan Muslim Missionaries VS Christian Missionaries saya tersedar betapa berbezanya antara pendakwah Islam yang ada sekarang jika nak dibandingkan dengan missionari kristian di mana mereka begitu bersungguh-sungguh untuk menyebarkan ajaran bible ke setiap suku terpencil di dunia dengan dengan menubuhkan world Tribes Mission sebuah organisasi yang mempunyai 4 ribu missionari yang tersebar di seluruh dunia di mana mereka bekerja secara ekslusif dengan penduduk asli sesebuah suku utntuk menyebarkan ajaran bible walaupun mereka merupakan golongan yang asing bagi penduduk tersebut mereka sanggup tinggal bersama-sama penduduk tersebut hanya kerana ingin menyebarkan agama kristian dan mereka sebenarnya telah dilatih untuk bersabar, membina hubungan baik dalam sesebuah masyarakat yang mereka duduki, belajar bahasa dan budaya penduduk tersebut dan secara perlahan-lahan mereka mula mengajar bible.


Seorang missionari kristian pernah menulis bahawa semasa beliau masuk ke sebuah kampung bagi menyebarkan ajaran bible secara halus penduduk tersebut tidak menerima kehadirannya namun beliau tidak mempedulikan hal ini dan mengambil keputusan untuk tinggal bersama penduduk tersebut selama-lamanya. Missionari Kristian tersebut mendakwa dia suka kepada penduduk kampung tersebut dan ingin menjadi sebahagian dari mereka. Manusia jenis apakah ini yang sanggup meninggalkan kehidupan moden untuk memasuki kawasan yang mundur akibat dikuasai kepercayaan dan komitmen terhadap agama mereka yang batil. Mungkin perbuatan mereka ini tidak sanngup dilakukan oleh pendakwah Islam pada hari ini namun mereka sanggup melakukannya.


Perbuatan missionari kristian ini sepatutnya membuatkan kita berfikir bahawa mereka berjaya meracun pemikiran manusia lain disebabkan komitmen yang ditunjukkan kepada agama mereka manakala kita pula adalah sebaliknya. Kita kekurangan kualiti sebagai daie yang sebenar. Kita tidak dilatih dengan baik, tidak ada sikap sabar, tidak boleh bekorban masa dan tenaga untuk Agama Islam, tidak bersedia meletakkan keutamaan kepada agama kita berbanding diri kita sendiri.


Kata Effy Saiful dalam blognya “Muslim missionaries only know how to talk, talk, talk, and talk.. They were trained very well on how to talk about religion & how to invite people to do what they are doing.. It's not like I'm against it or something, but spreading Islamic Dakwah is not about talking all the time..

People around the world nowadays need more that that.. They need food, health care, shelter, money, someone who takes care of them and many more.. But all we could offer them is talking.. We don't mingle, build relationships, get involved and build trust in them.. We want them to magically listen to the words we're saying and expect them to accept Islam without first setting examples and showing what Islam is all about..”

Just tell me which one of us is professionally trained to do dakwah and dedicate his/her life (and I mean his/her whole life, not just 10 days or 40 days or 4 month) to the field of dakwah to any tribes in Malaysia (our own country, not in Africa or Europe like those Christian missionaries)? None.
But sadly, muslims prefer to be in the safe and confortable zone.. And suddenly get mad & feel extremely offended when Islam is defamed by other people..”


Saya secara peribadi sangat terkesan dengan kata-kata beliau ini kerana mengetuk pintu hati kita semua bahawa kebanyakan dari kita sebenarnya masih belum bersedia dan mempunyai jiwa yang besar untuk mempertahankan Islam. Kita kekurangan dari banyak sudut yang perlu diperbaiki supaya Agama Islam ini tidak dipandang hina oleh manusia lain. Kita kekurangan ilmu, kekurangan sifat sabar, tidak ada masa untuk melakukan kerja berdakwah kepada manusia lain, kekurangan semangat, sibuk dengan dunia dan lain-lain. Sifat-sifat inilah yang perlu dibetulkan supaya Islam kembali dimartabatkan dimata dunia.
bizonedrop
rasanya...bukan semua orang mampu berdakwah secara total...
apapun..bole mulakan dgn diri sendiri..ahli keluarga..jiran2
Geekspro
QUOTE (bizonedrop @ Apr 10 2009, 05:08 PM) *
rasanya...bukan semua orang mampu berdakwah secara total...
apapun..bole mulakan dgn diri sendiri..ahli keluarga..jiran2



Memang bukan senang tuk berdakwah..
tapi berdakwahlah setakat yg mampu..
bizonedrop
kadang2 takut jadi fitnah lak...
kita asyik berdakwah..tanggungjawab yg utama ditinggalkan...cth...nafkah anak isteri..
atau...kita asyik nak betulkan org lain...sedara kita sendiri masih tak di'jalan' lurus...camner?
Geekspro
QUOTE (bizonedrop @ Apr 13 2009, 12:35 AM) *
kadang2 takut jadi fitnah lak...
kita asyik berdakwah..tanggungjawab yg utama ditinggalkan...cth...nafkah anak isteri..



Janganlah memilih untuk menunaikan satu tanggungjawab dengan meninggalkan t/jwb yg lain..
Berdakwah ni mengikut kemampuan yg ada pada kita tapi jangan langsung tidak berdakwah dengan memberi alasan ni keje golongan ust shj..
Melalui forum mcm ni pun salaah satu keje dakwah bila ada ajakan kepada Allah..


QUOTE (bizonedrop @ Apr 13 2009, 12:35 AM) *
atau...kita asyik nak betulkan org lain...sedara kita sendiri masih tak di'jalan' lurus...camner?


Di sinilah pentingnya kita melihat yang manakah lebih utama..
Keluarga lebih utama untuk kita berdakwah kpd mereka kerana mereka adalah org yang paling dekat dengan kita..
Betulkan diri, betulkan keluarga baru cuba betulkan org lain..

Kenapa Kita Perlu Berdakwah ???


Kerana hari akhirat nanti manusia yg tak mengamalkan ajaran Islam akan cuba menyalahkan kita dengan berkata kepada Allah kita tidak pernah mengajak mereka kepada Allah...apa kita nak jawab nanti ???

Kalau kita dah pernah ajak kita boleh jawab balik yg kita dah pernah ajak tapi mereka tidak mahu ikut...


bizonedrop
biggrin.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024