(terima kasih buat admin yang menyediakan ruangan ini)
nama saya pada komuniti siber ni Komen Ebook. mula-mula cerita kat sepupu saya dia bantai gelak jugakla nama ni. tapi saya nekad pakai nama ni jugak. so, tertubuhla komenebook.com
saya dengan dunia blogging ni masih baru. baru je berblog dari bulan januari 2008. pada awal ditubuhkan, hanya 17 unique visitors, sekarang, XXXX unique visitors.
alhamdulillah..semakin berkembang dan meningkat dari bulan ke bulan.
kiranya, saya ni membazir jugakla...dah 2 tahun hanya jadi pemerhati luar (takder blog sendiri).sepupu saya kat kuantan selalu brainwash saya supaya buat duit dengan internet. saya je yang "tido". dia dapat duit, tapi saya masih tido jugak. (menyesal jugak tak ikut cakap dia)
topik utama weblog saya berkaitan review ebook - produk digital, produk bukan digital, pendapat peribadi dan jurnal online.
setakat ini saya telah review sekitar 12 ebook berkaitan yang berbayar dan percuma. lagi yang tak saya review kerana saya perlu melakukan eksperimen terlebih dahulu.
dengan kata lain, selagi saya tak boleh buktikan / dapat somehthing knowledge / income dari mana-mana produk digital, selagi itu saya tak akan release. ini untuk menjaga kualiti weblog saya.
saya juga bersyukur kepada-NYA kerana penghujung bulan-7 telah memiliki produk sendiri . walaupun sambutan online ni kurang, tapi offline kira oraitla jugak
jika sesiapa yang berminat berkongsi pengetahuan, link exchange atau sebarang komen, saya amat2 alukan. boleh email direct pada komen@komenebook.com
