Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Petua supaya anak berhenti dari hisap puting plastik.
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Keluarga & Rumahtangga
hexagold
Assalammualaikum,

hari ini, saya akan berkongsi pengalaman mengenai cara supaya anak kecil berhenti menghisap puting plastik atau sesetengah orang panggil soother. Jika anak tidak berhenti menghisap puting plastik ini, kemungkinan susunan gigi tidak cantik.

cara yang saya gunakan adalah potong puting plastik tu sehingga tinggal separuh. Ini akan menyebabkan anak kita berasa tidak selesa apabila menggunakannya. Tetapi kita kena pandai melayan karenahnya selama lebih kurang semingu.
wanmus
tinggal separuh macamana tu hexagold? maksudnya potong yang bahagian depan tu ek? pastu cmner anak kita nak hisap puting tu? tinggal yang sikit jer dekat batang pemegang dia tu ek? tapi sebaik2nya janganlah ajar anak kita hisap puting plastik ni sejak dari kecil lagi kalu boleh sebab banyak kesan buruk aku dengar..antaranya boleh sebabkan perut anak kita kembunglah, gigi jadi jongang lah..macam2 lagilah..takkan kita tak kesian tgk anak kita gigi jongang?? kalau kita sendiri pun malu..apatah lagi anak kita
taukey
hehehe. gigi jongang ke kalau hisap puting plastik. hmm. tapi puting plastik ni bagus kalau nak suruh baby tu senyap. hahaha. lawak jer. tak yah latih mereka guna benda tu. aku rasa takder kebaikkannya benda benda tu. tapi kekadang ramai gak orang guna. tujuan sebenarnya utk apa yer. gigi bayi tu gatal ke?
hexagold
QUOTE (taukey @ Sep 26 2008, 07:05 PM) *
hehehe. gigi jongang ke kalau hisap puting plastik. hmm. tapi puting plastik ni bagus kalau nak suruh baby tu senyap. hahaha. lawak jer. tak yah latih mereka guna benda tu. aku rasa takder kebaikkannya benda benda tu. tapi kekadang ramai gak orang guna. tujuan sebenarnya utk apa yer. gigi bayi tu gatal ke?


anak aku masa lahir dulu masuk wad, agaknya bising sangat, maybe doktor sumbat puting plastik tu. Sebab itulah sampai setahun setengah anak saya hisap puting tu. Masa nak suruh tanggal, sikit punya susah. Sampai la dapat idea potong separuh, so dia rasa semacam aje.Seminggu kemudian, di sebabkan boring, terus anak saya sendiri yang tanggalkan.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024