Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Berita Buruk Untuk Para Pengguna TMnet Streamyx
CAKAP.Net > Cakap IT, Komputer & Tutorial > Cakap Dunia ICT Terkini
♦محمد أفيق♦
Berita Buruk Untuk Para Pengguna TMnet Streamyx

Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa.

Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik).

Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan).

Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional. Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong. Jika anda tidak percaya, sila rujuk video di bawah:-

Lantaran dari itu, janganlah anda hairan mengapa talian 1-300 TMnet Streamyx sering sibuk. Mereka dihujani dengan aduan sama dan tiada apa yang boleh pekerja mereka lakukan.

Mereka hanya menjalankan tugas. Mereka ibarat polis yang menerima arahan daripada Perdana Menteri. TMnet juga terpaksa menggaji pekerja yang bodoh dan jujur bagi menjayakan projek kotor kerajaan ini. Ini juga, telah mengakibatkan bilangan pekerja mereka menjadi sedikit sehingga membuatkan anda terpaksa menunggu lama, menanti skrip klasik yang tersusun dari kakitangan TMnet ini.

Ramai kakitangan yang berpengalaman di TMnet telah berhenti dan ada yang bekerja dengan syarikat jalur lebar yang lain, di dalam dan di luar negara.

Johan Jaafar selaku orang nombor satu Media Prima yang baru, jelas sekali kekurangan idea bagaimana untuk memenangi hati penonton dan pengiklan serta mengelak bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional.

Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet. Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama.

Harap maklum.
Sumber Info
sHäm
QUOTE
Anonymous said...

si bodo nie..Utk pengetahuan sume, TM skang tgh dlm process penyelengaraan bg penukaran fiber optic bg kabel mereka..tu sbb internet slow..len kali bce r paper..jgn jdik lembab sgt


QUOTE
Anonymous said...

..tmnet slow sbb bnde tuh sgt xlogik..video kt atas tu pun xckp pape psl tmnet slow sbb kerajaan nk die slow..

klu sumer nih jd sbb kerajaan m'sia yg nk..mmg xkn maju melayu...

jgn nk start tuduh2 xmenentu...cari dlu die punye sumber...nnt jd kontroversi susa...

internet ade kuasa kuat utk sebar bnde2 yg salah..jgn salah guna...


QUOTE
Anonymous said...

betul ke sumber ni ? mana datang .. cuba bagi info penulis asal .. ke main tabur jek!!! orang cakap itu kita menonong ikut hehehehehe
♦محمد أفيق♦
tak tahu nak komen ape..tak tahu yg mane salah yg mane betul....
B@zSh™
Ahai...
Macam2...kalo betul la apa yang ditulis tu...memang ntah pape la
Kalo x betul pun...memang Streamyx ni jauh terkebelakang daripada ISP BB kat negara2 membangun/maju yang lain daripada segi speed
Throttle sana...throttle sini
Cipta teknologi PLBB tp x apply kat negara sendiri...
Ahai..
ganazz
Mana ada boley main slow2. Tv setelit pun boleh tengok lagi!!!! Gangguan teknikal kira biasa, ada ke patut dibikin cerita berbaur politik? Ada org dengki sama Johan Jakpar! Nanti sat Si Johan Jakpar akan membeku persatuan pekerja media plak. Itu baru buruk berita!!!!
dawos
biasa ar tue.. kalau sume nak fikir untung ajer mcm tue la jd nye.. mcm tue la kalau orang just fikir yang -ve dan ke belakang ajer.. orang dah maju 50tahun ke hadapan kite takat tue gak..
mat.g™
tak mustahil benda mcm ni, sbb TMnet bawah TM iaitu GLC sykt kerjn...
cargas
semalam aku dah merasa kesannya...
gne open DNS trus ok...
bizonedrop
QUOTE (cargas @ May 20 2009, 04:37 AM) *
semalam aku dah merasa kesannya...
gne open DNS trus ok...


camner nak wat?
Tolong tunjuk ajar...tQ
dawos
QUOTE (cargas @ May 20 2009, 04:37 AM) *
semalam aku dah merasa kesannya...
gne open DNS trus ok...



a`ah aku pun nak tau gak.. kalau aku gune

202.188.0.133
202.188.1.5

itu standard DNS kan...??

kalau nak open DNS gune

208.67.222.222
208.67.220.220

mcm nie ker yang di panggil open DNS ? aku pun tak pasti sangat lar.. apa-apa encik cargas boleh beri tunjuk ajar.. mungkin aku salah paham maksud nya.. tapi kadang-kadang yang gune DNS yang 208 itu ada setengah-setengahnya langsung tidak boleh browser.. maybe ade problem kot @ ko ade gune DNS yang lagi power mega_shok.gif
sHäm
Dah lama aku guna OpenDNS ... samaada nak register (free) untuk protect server atau workstation ataupun terus guna tanpa register dengan masukkan DNS digit spt kat atas .............................. ada info kat blog aku: http://mynoobsblog.blogspot.com/2009/03/speed-up-web-browsing-with-opendns.html
B@zSh™
Sh@m..
Hang guna manual dialer ke?
Correct me if im wrong k
Kalo guna auto dialer...DNS server kena set dalam modem kan?
sHäm
Yups .. manual dialer

Auto dialer kena masukkan OpenDNS server ke modem config.

Cuba masuk sini : https://www.opendns.com/start/
B@zSh™
Nak auto set untuk modem yang di support tu...Billion BiPAC xder dalam list
Terpaksa kena set manual
Ada perbezaan ketara ke antara registered & unregistered user?
sHäm
Dalam list tu hanya contoh configurations untuk beberapa jenis modem/router .. kalau Doc. guna Billion Bipac , just masuk config page, cari DNS dan masukkan Primary and Secondary DNS kat situ ..

X der beza antara Unreg. dan Reg. users .. cuma kalau reg. tu Doc. boleh configure mcm2 cthnya jika Doc. ader CC, ader Server .. untuk lebih protections Doc. boleh config. ikut cara Doc. ... semasa kes Conficker attacks server dulu, OpenDNS nie ader bagi protections tu, jadi kalau server2 yang config ngan OpenDNS nie kira selamat la .. kalau Home user rasanya ambik aje server number tu masukkan ke router/pc dan guna ..
B@zSh™
Oic...thanks Sh@m
sHäm
Nie ader lagi free DNS server kalau sapa2 nak cuba guna:-

AT&T DNS servers: 4.2.2.1, 4.2.2.2

Spectranet DNS servers: 203.122.63.152, 203.122.63.154
B@zSh™
Antara banyak2 ni...mana yang paling laju?
sHäm
Tak tau la Doc. ... aku cuma guna OpenDNS je, yang lelain tu aku belum try .. try la Doc., compare tengok camana.

Tapi sebab utama aku tukar dari TMNet DNS ke OpenDNS ialah "stability".
B@zSh™
Insya-Allah
Kalo ada masa nnt aku akan test smile.gif
Thanks for sharing

Sharing is caring
ganazz
yg dah ada worang buat...

normal speed


POW speed


kalo telekong dapat tau, gerenti automatik potong kabel pakai KAPAK!!!
B@zSh™
POW speed mcmn ganazz?
Bg aku speed 180-200kb/s tu normal untuk 1Mbps Streamyx
Tp kalo pakai 512kbps dapat speed mcm tu memang betul2 pow tu tongue.gif
dawos
QUOTE (B@zSh™ @ Jun 1 2009, 01:57 PM) *
POW speed mcmn ganazz?
Bg aku speed 180-200kb/s tu normal untuk 1Mbps Streamyx
Tp kalo pakai 512kbps dapat speed mcm tu memang betul2 pow tu tongue.gif



speed normal 180-200kb tue bukan untuk user yang menggunakan 2Mbps Streamyx ker.. perbetulkan kalau aku salah..

kalau speed normal untuk 1mb adalah aroung 100kb ajer...

kalau yang bayar untuk 1mb tapi dapat kelajuan 180-200kb sebenarnya adalah 2mb.. sbb port untuk telekom dah ditukar kepada 2mb..

streamyx nie kan perkongsian.. kalau ade yang apply 2mb.. so mana-mana orang yang kongsi 1port dengan yang dah apply 2mb(nie telekom nye port kat tembok batu tue) akan dapat 2mb..macam tue la kalau tak salah aku.. aku nie pun tatau gak.. tapi berdasarkan apa yang aku dah bual2 dengan technician diorang yang bgtau aku macam tue..

sbb tue kebanyakkan yang nak tukar untuk ke 4mb diorang kate kawasan perumahan tue tak support..

tapi pengguna 4mb pun lebih kurang ajer dengan 2mb sbb diorang throttle abis.. tue kalau nak gune gune ajer la yang 2mb tue.. membazir gune 4mb..


itu sebab bagi pengguna yang menggunakan package 512kb tapi dapat download range 180-200kb tue sebenarnya dah jadi 2mb... tapi bayar murah.. perbetulkan kalau aku salah.. aku cume kongsi pada pemahaman aku..
B@zSh™
Memang dari segi logik 1Mbps = ~120kb/s jer
Tp mengikut pertanyaan aku pada technician Streamyx pulak...since ramai sangat complain speed slow kalo diaorang guna port 1Mbps (utk yang subscribe 1Mbps) sebab tu diaorang set port ke 2Mbps supaya customer dapat download speed yang = @ > 1Mbps
Kat rumah aku...aku memang subscribe 1Mbps
Tp bila check dalam modem DL = 2048 UL = 512
Even kat klinik aku pun sama...subscribe 1Mbps tp speed modem DL = 2048
Dan rumah sis aku pun sama
Kalo nak kata kat area tu ramai yang apply 2Mbps aku x pasti la
Tp kalo kat area klinik aku ni...hehe...orang kampung x pakai BB pun
Kalo yang apply 512kbps pun dah cukup bagus
sHäm
QUOTE (B@zSh™ @ May 31 2009, 07:42 PM) *
Antara banyak2 ni...mana yang paling laju?


Ini keputusan test free DNS tersebut

1. OpenDNS - Speed average, stable.
2. AT&T - Faster than OpenDNS, not really stable (some websites takes longer to complete open)
3. SpectraNet - No connections at all (x leh guna atau pair ngan IP dari Steamyx)

Jadi, aku stick ngan OpenDNS. Btw, ader lagi x korang pernah jumpa free DNS server untuk dicuba?
B@zSh™
Thanks for the info Sh@m
So rasanya x perlu la test lg lepas ni
Skang pun rasanya selesa guna OpenDNS
sHäm
QUOTE
Skang pun rasanya selesa guna OpenDNS


What do u mean "selesa" Doc. ... want 2 share it ? wink.gif

QUOTE
kalo telekong dapat tau, gerenti automatik potong kabel pakai KAPAK!!!


X nak share ka ganazz ? Mcmana ko buat "POW" tu, boleh on off x, guna bila perlu je ?
B@zSh™
Selesa maksud aku stabil & x der problem
Dapat guna ngan selesa
Speed tu aku rasa lebih responsif berbanding ngan DNS default Streamyx smile.gif
sHäm
Great !!! rclxms.gif ...

Kalau konfigurasi betul, users akan dapat lihat logo spt sebelah kiri. Jika konfigurasi salah atau tidak menggunakan OpenDNS, logo akan dapat dilihat spt sebelah kanan.



Macamana nak lihat ? .. ahakss .. masuk blog saya dan lihat pada button logo OpenDNS sebelah kiri (pada sidebar) dalam kategori "Freebies" .. tongue.gif
B@zSh™
Nape aku nyer kuar Logo OpenDNS...Sweet Mweett
sHäm
Ahakss .. ader "Mweett" lak kat belakang tuh .. x tau lak Doc., kiranya ada "sweet" tu dah betul la biggrin.gif
B@zSh™
Haha...tu la pasal flex.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024