Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Tambah Pelaburan ASB Melalui Maybank2u
CAKAP.Net > Cakap Urusniaga & Kerjaya > Cakap Pelaburan & Pengurusan Kewangan
emmalisa
Tambah Pelaburan ASB Melalui Maybank2u

Sekiranya kalian :
1) Pengguna Maybank2u;
2) Pelabur-pelabur ASB, ASN, ASN 2, ASN 3, ASM, ASW 2020, ASD dan ASG (Produk tabung amanah Permodalan Nasional Berhad);
3) Seorang yang malas nak beratur ke bank untuk menambah pelaburan anda;
4) Masih belum lagi membuat potongan gaji untuk melabur;
5) Punya 1001 alasan untuk menambah pelaburan ASB, ASN dan seproduk dengannya.

Kini dengan kemudahan online, kalian boleh melakukan transaksi wang dari akaun Maybank untuk dipindah terus ke dalam akaun ASB, ASN, ASN 2, ASN 3, ASM, ASW 2020, ASD dan ASG tanpa perlu banyak songgeh/beratur panjang kat bank lagi. Melalui kerjasama pihak PNB (Permodalan Nasional Berhad) dengan Maybank, fasiliti (kemudahan) secara talian (online) ini sekaligus akan memudahkan para pelabur produk tabung amanah PNB untuk menambahkan unit amanah saham masing-masing.

Jadi, bagaimana hendak menggunakan kemudahan ini? Berikut akan saya terangkan bagaimana kalian boleh menggunakan kemudahan Maybank2u untuk melakukan transaksi terus ke akaun ASB, ASN atau sebarang produk tabung amanah di bawah naungan PNB ini.

Langkah-langkahnya adalah :

1) Anda memiliki akaun simpanan di Maybank dan mempunyai akaun Maybank2u;
2) Layari laman web Maybank2u;
3) Login terus ke akaun Maybank2u;
4) Setelah login, pada bahagian utama klik ruangan"Investment";


5) Setelah itu, klik pada ASNB Unit Trust;


6) Kemudian masukkan, no akaun ASB (mana-mana produk tabung amanah PNB) dan nilai amaun.
7) Pastikan transaksi kalian berjaya.

Untuk makluman :
1) Hubungi pihak PNB yang berdekatan untuk keterangan lanjut;
2) Untuk transaksi kali pertama, update buku pelaburan selepas 1-2 hari pindahan dilakukan;
3) Proses pemindahan ini kebiasaannya mengambil masa selama 1-2 hari untuk dipindahkan ke dalam akaun pelaburan.



♦محمد أفيق♦
dah boleh transfer direct...mudah lagi kerja nanti
perantau
kena charge ke pindahan melalui maybnk2u ni??
emmalisa
QUOTE (perantau @ May 31 2009, 06:13 PM) *
kena charge ke pindahan melalui maybnk2u ni??



kena lah..kalau tak silap RM2 kot... hface.gif
aina_sara
err... ASB ni bukan ke hukumnya haram melabur dlm tu???
♦محمد أفيق♦
haram plak???tak pernah tahu pon...
terangkan...
aina_sara
iyer.. aina sendiri penah bertanya pd seorang mufti (nama dirahsiakan) tidak lama dulu, dan katanya sebenonya dah disepakati oleh para mufti untuk difatwakan dlm majlis fatwa kebangsaan bahawa ASB ni haram disebabkan duit yang dilaburkan dlm sektor2 yang amat meragukan.. tp kerajaan yang diterajui oleh...tuuuttt.... pd masa tu tidak membenarkan.... hehehe.. faham2 sendiri lah kan.. aq.gif
bizonedrop
waa...betul ke aina?
bukan harus ke?

baru2 ni kalau tak silap Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa kata ASN, ASB harus..bagaimana tu ek? unsure.gif
♦محمد أفيق♦
ade kekeliruan di sini....
kita hanya melabur..
ape plak sektor2 yg meragukan tu??
nak tahu dengan lebih jelas ni...
aina_sara
QUOTE (bizonedrop @ Jun 17 2009, 02:12 PM) *
waa...betul ke aina?
bukan harus ke?

baru2 ni kalau tak silap Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa kata ASN, ASB harus..bagaimana tu ek? unsure.gif


itu aina x pasti la plak adanya fatwa terbaru dr majlis fatwa kebangsaan. tp mmg pelaburan ASB, ASN dan yg sewaktu dengannya ni dari dulu2 lg dah menjadi perselisihan para ulama'... masing2 ada hujjahnya masing2 mengikut usul feqh... tp aina dah lupa kaedah2 yang digunapakai..
♦محمد أفيق♦
habis tu cam mane skrg aina???
ape hukum dia?
aina_sara
hehehee... aina x tau.. tp kalu betul apa yg dikata oleh bizone tu, maksudnya ok la kot.. pastikan telah ada fatwa yg dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan tu dulu.. selebihnya wallahua'lam..
padaiyappaİ
Majlis Fatwa tak kaur apa-apa lagi pasal hal nie
ganazz
ada dax lagi dlm list pelaburan kompeni MTC (Malaysia TEmBAKau Company) ? Harus yer..... hmmmm!
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024