Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Bisnes Cara Rasullullah
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Agama; Fiqah, Tauhid & Akidah
hexagold
Assalammualaikum,

Semalam saya baru menghabiskan pembacaan sebuah buku iaitu 14 Langkah Rasullulah Membangunkan Bisnes. Sebelum ini, kita banyak didedahkan dengan buku mengenai Donald Trump, Lim Goh Tong dan sebagainya. Berapa ramaikah orang yang membaca buku mengenai Rasullullah membangunkan perniagaannya bersama Siti Khadijah.

Saya bukan nak promote buku ini, cuma saya ingin berkongsi intipati buku tersebut. Dalam buku tersebut, penulis menggariskan ciri-ciri Rasullullah serta langkah-langkah bagaimana beliau membangunkan sebuah perniagaan.

Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang adalah:

1)Belajar hidup berdikari sejak awal
2)Belajar erti kebebasan
3)mengasah jiwa kepimpinan
4)menjadi individu yang sedia mengalami perubahan
5)menghargai perjalanan proses
6)memiliki keberanian
7)berani mengembara
8)memiliki kesetiaan
9)memiliki ketekunan berterusan (istiqamah)
10)percaya pada diri sendiri
11)membina sifat flexibel
12)jujur dan amanah
13)bersikap bijaksana
14)percaya kepada tuhan dengan sentiasa berdoa kepadaNya

Langkah-langkah inilah yang beliau ambil sehingga beliau menjadi antara usahawan yang termasyur di tanah Arab sewaktu itu.

WebZone-_-Attack
Itulah kelebihan yang ada pada rasulluah. 9/10 rezeki datang dari perniagaan.Jadi nak berniaga tanamlah dalam diri kita sikap cara berniaga yang diamalkan seperti rasulluah. smile.gif
wings
satu infomasi berguna untuk semua usahawan2 termasuk semua usahawan online.. smile.gif
sila ambil iktibar dan taladan,,dan cuba contohi ciri2 yang di miliki Rasulullah dalam menjayakan perniagaan
walaupun beliau usahawan offline
CekDet
samada kita sedar tak sedar, banyak teori dan praktikal dalam perniagaan yang digunakan oleh Rasulullah ditiru dan dipakai oelh orang2 barat,,

Kemudian, dorang oleh dan jadikan teori sebagai teori dorang...Sedangkan asas kejayaan dalam perniagaan nabi dah tunjuk lama dah..Nabi adalah seorang usahawan muda yang sangat masyhur suatu ketika dulu...daripada seorang pengembala kambing yang miskin, menjadi usahawan yang berjaya..

dah tentu ada formula dan disipli tertentu yang menjadikan baginda begitu berjaya dalam perniagaan..

Kita sebagai usahawan internet, kalau tak dapat nak ambil semua, sekurang2nya memiliki sebahagian ciri2 yang dalam diri baginda kalau nak menjadi seorang usahawan yang berjaya
thephenom
QUOTE (CekDet @ Sep 28 2008, 10:30 PM) *
samada kita sedar tak sedar, banyak teori dan praktikal dalam perniagaan yang digunakan oleh Rasulullah ditiru dan dipakai oelh orang2 barat,,


hahaha..... betul tu bro...

lepas tu kita pulak dok agungkan barat kerana kemajuannya. pastu siap tinggalkan agama gi ikut cara barat kununnya atas alasan kemajuan.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024