Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Penyanyi lagu 'Negarakuku' insaf
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦


KUALA LUMPUR - Penyanyi klip lagu kontroversi 'Negarakuku', Wee Meng Chee atau Namewee, 26, mengaku tekanan akibat nyanyian lagu itu masih berbekas di hatinya walaupun dia sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini.

Malah, pelajar tahun akhir pengajian Komunikasi Massa Universiti Ming Chuan, Taiwan itu berkata, kontroversi yang berlaku turut memberi tekanan kepada ahli keluarganya di Muar, Johor.

"Sekali lagi saya ingin tegaskan apa yang berlaku adalah salah faham semata-mata. Saya langsung tidak berniat untuk mempersendakan lagu kebangsaan sebaliknya klip video tersebut dihasilkan hanya untuk suka-suka.

"Bagaimanapun, apa yang berlaku biarlah berlalu. Saya kini tidak mahu menoleh ke belakang sebaliknya mahu menjadikannya sebagai pengajaran pada masa hadapan," katanya.

-kosmo-
B@zSh™
Betul ke dah insaf ni?
Suara mamat ni memang sedap tp nyanyi x kena gaya..xder semangat patriotik
Kadang2 maybe dia nak cari publisiti murahan
♦محمد أفيق♦
harap insaf lah..jgn lepas ni buat lagu patriotik lain plak..mmg nak kena sebat...
eskep
Apa yang dia buat dalam gambar tu? Sign otograph?
♦محمد أفيق♦
sain wasiat.....dah makin popular dia ni..bile cakap dah insaf...lagi la popular
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024