Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Pistol elektrik lumpuh mangsa
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦


KUALA LUMPUR: Berwaspada berikutan muncul kumpulan penjenayah pecah rumah yang dikesan menggunakan senjata pistol renjatan elektrik untuk melumpuhkan mangsa sebelum melakukan rompakan.

Dalam kejadian terbaru di Kampung Baru di sini, kelmarin, seorang pekerja kontrak hanya mampu menahan sakit apabila dicucuk dengan pistol elektrik di perutnya oleh penjenayah yang memecah masuk rumahnya.

Difahamkan kejadian yang berlaku jam 4.30 petang itu, menyebabkan mangsa, Rusli Sulaiman, 45, hampir lumpuh seketika dan pengsan selepas diserang penjenayah yang menceroboh masuk rumahnya.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya bersama isteri, Lindayana Hussin, 25, sebelum dikejutkan dengan kehadiran beberapa lelaki yang mengetuk pintu rumahnya.

Mangsa yang meninjau dari celah tingkap rumah mendapati kumpulan lelaki terbabit tidak dikenalinya menyebabkan dia enggan membuka pintu.

Keengganannya membuka pintu menyebabkan kumpulan penjenayah terbabit memecahkan pintu rumahnya sebelum meluru masuk dan terus menyerang mangsa serta isterinya.

Menurut Rusli, dia yang cuba mempertahankan diri bagaimanapun gagal selepas seorang daripada suspek mengeluarkan sejenis pistol elektrik dan terus mencucuk pada perutnya.

“Seluruh tubuh berasa bergetar kerana terkena arus elektrik itu sebelum saya pengsan...sakit hanya Tuhan saja yang tahu. Saya hanya tersedar kira-kira 20 minit kemudian dan mendapati dikurung penjenayah terbabit dalam bilik yang dikunci dari luar.

“Saya kemudian berjaya keluar dari bilik berkenaan dengan memanjat bilik rakan yang terletak bersebelahan dengan bilik berkenaan.

“Kemudian saya segera mencari Lindayana, namun gagal dan percaya dia juga diculik penjenayah itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rusli berkata, hasil pemeriksaannya mendapati kumpulan penjenayah terbabit turut melarikan wang tunai RM800, pasport dan tiga telefon bimbit miliknya yang diletakkan dalam rumah.

Mangsa keluar mencari isterinya di sekitar kawasan berkenaan, namun gagal sebelum pulang ke rumah dalam keadaan hampa.

Kira-kira jam 5.30 petang, katanya Lindayana pulang ke rumah berseorangan dan memberitahu dia berjaya melarikan diri daripada penjenayah.

“Dia mendakwa dibawa kumpulan terbabit ke sebuah hotel sebelum diikat pada kerusi. Lindayana bernasib baik kerana tidak dicederakan kumpulan itu.

“Selepas selesai membahagikan wang serta barangan yang dirampas, Lindayana mendakwa dibawa seorang daripada suspek ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya,” katanya.

Katanya, Lindayana yang tidak diikat bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika lelaki terbabit sedang mandi.

“Saya yakin sekiranya gagal, lelaki terbabit akan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya kepada Lindayana,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi

Difahamkan, Lindayana berjaya kembali ke rumah suaminya itu dengan bantuan orang ramai.

“Lagipun, Lindayana baru datang ke negara ini dan masih tidak tahu menahu mengenai selok-belok jalan di bandar raya ini.

“Saya bersyukur kerana tiada perkara buruk yang berlaku terhadap saya dan Lindayana. Saya berharap orang ramai berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa seterusnya kumpulan berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
B@zSh™
Penjenayah skang makin lama makin licik
Mcm2 diaorang guna semata2 nak mencuri
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024