Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Perpindahan penuh bersejarah - Ronaldo
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Sukan & Rekreasi
♦محمد أفيق♦


LONDON - Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo menganggap perpindahannya ke Real Madrid adalah sesuatu yang cukup bersejarah.

Kelmarin, United telah bersetuju untuk melepaskan Ronaldo selepas menerima tawaran berjumlah £80 juta (RM464.3 juta) daripada Real.

"Saya telah meluangkan banyak masa saya bersama United. Ini masanya untuk melihat ke hadapan dan £80 juta (RM464.3 juta) hanyalah sejumlah wang.

"Perpindahan ini satu yang bersejarah," kata Ronaldo.

Meskipun meraikan perpindahannya itu di Los Angeles kelmarin, Ronaldo, 24, telah dianggap sebagai talam dua muka ekoran pendedahan daripada individu yang merancang perhijrahannya ke Santiago Bernabeu.

Bekas Presiden Real, Ramon Calderon mendakwa perjanjian dengan Ronaldo itu sebenarnya sudah dibuat lebih enam bulan lalu.

Pendedahan Calderon itu pastinya memalukan Ronaldo kerana dia sebelum ini menyatakan mahu kekal di Old Trafford musim depan.

"Ia mudah saja. Kami telah bersetuju segalanya dan dia telah membuat keputusan untuk datang ke Real.

"United pun sudah tahu tentang semua perbincangan itu dan sepatutnya biarlah ia diselesaikan sebagai persetujuan yang terbuka," dedah Calderon.

Ronaldo mengetahui berita tentang perpindahannya ke Real telah disahkan selepas dia keluar dari sebuah kelab malam di Los Angeles sewaktu dia menghabiskan percutiannya ketika ini.

Bercakap dari bilik hotelnya, Ronaldo berkata: "Ia sesuatu yang hebat apabila dua kelab utama di dunia mahu kamu bermain dengan mereka."

"Sekarang saya perlu memandang ke hadapan bersama Real dan ia peringkat baru dalam karier saya," jelas Ronaldo yang tidak perlu menjalani pembedahan ekoran kecederaan hernia. - Agensi
B@zSh™
Agak2nya la kan
Berapa gaji C. Ronaldo seminggu?
♦محمد أفيق♦
rm450,000 seminggu..tak pasti plak...
org kaya...
B@zSh™
Ada kuar berita...C. Ronaldo kuar ngan Paris Hilton
Diaorang ni dah jadi couple ke?
Ke saje2 jer kuar?
♦محمد أفيق♦
suke same suke la tu...
layan disko...minum2...dgr si ronal ni nak dapat gaji termahal..
paris pon dtg usha line..
B@zSh™
Haha....tu x lama tu
Biasa la superstar...tukar aweks mcm tukar baju jer tongue.gif
Lepas Paris Hilton ramai lagi dalam waiting list
mat.g™
dasat mamat ni main bola.. makan apa lah agaknya sampai buleh jadi world best player.. pasai apa org malaysia ni tadak sorg pon calon leh jadik mcm ronaldo ni..
B@zSh™
Ronaldo ni dalam kelas dia tersendiri
Skill dia memang masyuk
♦محمد أفيق♦
dia mmg hebat. skill dan pantas..dah masuk real nanti...bertambah hebat la real...

"SAF don't need CR, but CR need SAF"
B@zSh™
SAF tu apa?
Mcm betulkan saf...
♦محمد أفيق♦
"rapat kan SAF..kanak2 jgn berada di SAF org tua" itu kat masjid kg aku..
SAF = SIR ALEX FERGUSON..
lepas ni ade la pemian no 7 yg baru..bakal muncul..
B@zSh™
Ooo...huhu
Ada nama singkat eh utk Alex Ferguson
♦محمد أفيق♦
berita hari ini.
"mak ronaldo tak suke pada paris hilton"

ape kes ni..anak mak betul la dia ni...
B@zSh™
Mak dia nak Ronaldo cari bini baik2 tongue.gif
♦محمد أفيق♦
iye la tu..mak dia nak gf lame dia rujuk blk kat ronaldo...
ronaldo ni nampak aje yg cantik. terus g pikat. maklum la..popular kan.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024