Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Roboh setinggan, anggota DBKL ditumbuk
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦


KUALA LUMPUR - Gara-gara tidak berpuas hati kerana penempatan setinggan yang didiami di Kampung Jinjang Selatan Tambahan akan dirobohkan, seorang lelaki bertindak menumbuk seorang anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kejadian pada pukul 9 pagi semalam itu berlaku ketika kira-kira 180 anggota dan pegawai penguat kuasa DBKL mahu memulakan kerja-kerja meroboh 17 buah rumah setinggan di kawasan tersebut.

Sebelum ini pihak berkuasa telah menyerahkan notis kepada 17 keluarga yang masih tinggal di situ supaya berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda selewat-lewatnya pada 13 Mei lepas tetapi mereka tetap enggan pindah.

Jurucakap polis berkata, ketika operasi meroboh dimulakan seorang lelaki berusia 26 tahun tiba-tiba meluru ke arah sekumpulan anggota penguat kuasa DBKL dan terus menumbuk muka salah seorang daripada mereka.

"Melihat tindakan agresif itu, sepasukan polis yang ditempatkan di kawasan itu menahan lelaki berkenaan," kata beliau.
mat.g™
peh gedebe tol mamat tu.. suka hati main tumbuk org.. sib baik la kalo si org DBKL tu ada ilmu tomoi baru tau sape yg kena tumbuk. cv.gif
♦محمد أفيق♦
dah tak tahan sabar la tu...tu yg lepas kan aje..
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024