Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Lambaian puteri
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦


KUALA LUMPUR: Amalan sesat dan syirik memuja patung supaya wajah kelihatan jelita setanding artis selain menundukkan lelaki mendorong ramai wanita muda termasuk isteri orang kenamaan (VIP), kini sanggup menjual akidah dengan membeli tangkal azimat Siam dipanggil patung puteri.

Tangkal terbabit yang mempunyai fungsi persis minyak dagu atau minyak pengasih bagi golongan lelaki, sebaliknya hanya berkesan jika dipakai wanita dengan niat ‘mengikat’ hati lelaki.

Difahamkan, penjualan patung terbabit yang mendapat permintaan tinggi, didalangi beberapa pengamal perubatan tradisional tempatan yang menjadikan ibu negara sebagai pusat transit untuk memasarkan patung kecil berkenaan dengan harga tidak kurang RM600 setiap satu.

Wartawan Harian Metro yang menjejaki individu yang membekalkan patung tangkal pengasih berkenaan akhirnya mengatur temu janji di sebuah hotel berhampiran Jalan Tiong Nam, Chow Kit di sini, selepas kira-kira sebulan cuba meyakinkannya.
ganazz
kalo ubat pengasih dari siam biasanya diperbuat daripada tembuni gajah. Siam banyak gajah, gajah beranak, dorang ambik tembuni.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024