Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1 paket roti (5 ketul)
1 kg susu
Gula secukup rasa
1 camca besar mentega
Secubit garam
1 camca kecil esen vanila
1 biji telur

Cara membuatnya pula cukup senang iaitu:
Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Haa..kan dah cakap senang..so selamat mencuba..pagi raya atau petang2 pun sedap makan puding roti ni