Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Petua Untuk Masalah Badan Berbau
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Kesihatan & Petua
wanmus
1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.
ganazz
satu cara lain yang senang juga untuk dibuat tetapi ada sakit la sikit. Iaitu semasa mandi gosok badan dengan batu sungai. Batu ini jangan jenis yang licin. saiz sebesar tetikus kira o.k. Apabila digosok ketika mandi, dengan mudah ia akan menanggalkan daki badan serta turut menghilangkan bau.
sHäm
1 lagi petua .. rajin2 la mandi , jangan pulak sehari sekali pun liat shakehead.gif
aina_sara
QUOTE (ganazz @ Nov 13 2008, 07:55 PM) *
satu cara lain yang senang juga untuk dibuat tetapi ada sakit la sikit. Iaitu semasa mandi gosok badan dengan batu sungai. Batu ini jangan jenis yang licin. saiz sebesar tetikus kira o.k. Apabila digosok ketika mandi, dengan mudah ia akan menanggalkan daki badan serta turut menghilangkan bau.


ishh.. gosok tiap hari dengan batu sungai ada yang berparut lak badan kang. ohmy.gif
mat.g™
pakai rexona je.. kering sepanjang hari. cool2.gif
Raja Kayangan
QUOTE (e_sentinel @ Nov 13 2008, 08:48 PM) *
1 lagi petua .. rajin2 la mandi , jangan pulak sehari sekali pun liat shakehead.gif

betul tu...org yg jarang madi, temperature badan tinggi dr org yg slalu mandi...bau badan yg busuk selalunya terhasil dr temperature bdn yg tinggi.... gedik.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024