Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Penawar Sakit Kepala
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Kesihatan & Petua
wanmus
1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :
* Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
* Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
2. Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
4. Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
5. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.
ganazz
untuk mengelak daripada mengalami masalah sakit kepala pada masa akan datang, amal minum rebusan 7 helai daun mahkotadewa untuk satu gelas air pada sebelah malam.
aina_sara
aku slalu diserang migrain. daun mahkota dewataraya tu daun apa?
sHäm
Panjangnya procedure dia wanmus .. tengah2 sakit kepala mana mungkin nak sediakan semua tu .. silap2 , sekali ngan periuk rebus terbang .. 102.gif
ganazz
QUOTE (aina_sara @ Nov 13 2008, 03:44 PM) *
aku slalu diserang migrain. daun mahkotadewa tu daun apa?


untuk mengetahui lebih lagi pasal mahkotadewa, boleh menjenguk kat rumah en.GOOGLE.
sHäm
Alaa ganazz .. citer la sikit .. apa daun2 tu , jenis yang senang cari ke susah .. 105.gif
ganazz
pokok ni memang amat popular kat indon. dah ada banyak orang tanam kat negara kita. daun dia macam daun durian belanda. kira pokok pun macam keturunan dia gak cuma tak besar, buah warna merah, kecil sket dari saiz telur ayam, cam bola pinpong. kluar tangkai samada daun ,tunas baru,tangkai bunga kat setiap sendi batang. berbuah sepanjang masa. harga pokok, ada la rm60 sepokok. buah yang telah dikeringkan harga dia tak mahal cuma rm250/kg. buah segar, rm3 sebiji kut!
sHäm
Wah!! .. mahalnya , 1 biji 3 ringgit , besar bola pingpong je .. emm , mungkin susah nak dapat kot sbb tu mahal .. gambar dia ada tak ganazz , gambar buahnya ke , daun ke , pokok dia ke .. hmm.gif
ganazz
ini bentuk pokoknya;



ini bentuk buahnya;
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024