Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Selesema
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Kesihatan & Petua
wanmus
1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali
muz
QUOTE (wanmus @ Sep 30 2008, 04:28 PM) *

insyallah nanti aku cuba... ada teknik2 yg lain tak
B@zSh™
Teknik perubatan moden lak

Boleh ambil antihistamine + - decongestant

E.g., Actifed, Chlorpheniramine/Piriton, Clarityne/Loratadine, Clarinase, Diphenhydramine/Benadryl tongue.gif
myara
untuk budak-budak or baby bleh cuba petua ni..

sesuai untuk selsema yg hingus asyik meleleh dan hidung selalu tersumbat.

Sapukan Vicks di ubun2 anak. especially lepas mandi. Saya dah cuba..Alhamdulilah hilang.
B@zSh™
Nice tip myara
Thanks...i will try
ganazz
untuk merawat supaya sembuh dengan cepat/segera, rebus buah mahkotadewa yang telah dikeringkan. Rebus sehingga menggelegak betul, tutup api dapur, tunggu biar sejuk supaya kesemua kondisi buah melarut. Kemudian tapis, simpan dalam peti sejuk. minum seteguk satu kali satu jam.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024