Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Nyawa dua wanita diragut H1N1
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦
KUALA LUMPUR - Penularan pandemik selesema babi (H1N1) di negara ini semakin membimbangkan apabila ia meragut dua lagi nyawa iaitu masing-masing satu di Hospital Miri dan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban semalam.

Dalam kes di Miri, ia membabitkan seorang ibu muda berusia 23 tahun yang baru melahirkan anak di Hospital Miri.

Mangsa menjadi kes kematian ketujuh telah disahkan mendapat jangkitan H1N1 pada 23 Julai dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi semalam disebabkan komplikasi pada paru-paru.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pada mulanya mangsa telah bersalin di hospital berkenaan pada 21 Julai dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sehari selepas itu.

"Selepas bersalin, mangsa didapati mengidap pneumonia yang teruk dan menunjukkan simptom demam serta batuk empat hari sebelum bersalin.

"Kematian mangsa direkodkan sebagai pneumonia akibat jangkitan H1N1," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, bayi mangsa selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan H1N1.

Mangsa kelapan pula membabitkan seorang wanita berusia 51 tahun yang berasal dari Kuala Selangor yang disahkan meninggal dunia di HTJ malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Zainal Ariffin Omar ketika dihubungi berkata, wanita itu dimasukkan ke HTJ pada hari kejadian dan meninggal dunia kira-kira pukul 11.50 malam.
mat.g™
kat opis aku pon depa dah mula agihkan topeng2 utk dipakai... H1N1 ni makin merebak kat malaysia.. kena berwaspada
ganazz
nak hapus , bunuh virus memang mustahil. Pakai MEKOP hidung, betul ka boleh menghalang? Ajaib juga mekop gidung ni....sedey la mengenangkan kematian yg makin meningkat.

Pneumonea kronik, memang tak de ubat berkesan.



SElsema babi:

Setiap orang mesti menyediakan persekataran dalaman badan supaya menjadi tidak sesuai untuk untuk virus bertapak. Bagi wanita mengandung, risiko sangat besar untuk nyawa kandungan. Yg stat kena selsema, kena ingat setiap jam!....

Bila salah satu lubang hidung tak lawas, cepat2 kasi POW!!!!
eskep
Gambar apa tu Ganazz?

QUOTE (ganazz @ Aug 4 2009, 10:56 PM) *
Setiap orang mesti menyediakan persekataran dalaman badan supaya menjadi tidak sesuai untuk untuk virus bertapak.

Camne nak sediakan persekitaran dalaman yang tidak sesuai untuk virus merebak? Mintak tunjuk ajar sikit Bro.
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024