Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Masuk halal, keluar haram
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦


PUTRAJAYA - Dahulu kebanjiran warga Indonesia dan Bangladesh begitu dibimbangi tetapi kini warga Afghanistan dan Pakistan pula menjadi 'ancaman' utama kepada negara.

"Pada masa sekarang, masalah utama kita bukannya warga asing masuk secara haram lagi tetapi keluar secara haram.

"Kini, semua hendak pulang ke negara masing-masing sebab di Malaysia susah hendak cari makan," kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Ketika mendedahkan fenomena itu, Abdul Rahman berkata, setakat ini tiada rekod menyaksikan 'kemasukan baru' secara tidak sah ke Malaysia. Sebaliknya 'aliran keluar' beramai-ramai warga asing menjadi satu masalah besar kepada negara dan gejala itu dikatakan semakin menjadi-jadi.

Dalam erti kata lain, kebanyakan warga asing masuk secara sah ke negara ini menggunakan pesawat tetapi keluar secara haram menggunakan bot.

"Insiden warga Afghanistan, Pakistan dan Indonesia yang cuba diseludup keluar melalui perairan negara baru-baru ini membongkar segala-galanya," jelasnya.

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan penangkapan 36 warga Afghanistan dan enam warga Pakistan yang cuba diseludup keluar dari negara ini melalui perairan Selat Lumut dan Sungai Chondong, Pelabuhan Klang dengan menaiki lima buah bot.
mat.g™
depa kuar secara haram, lps ni blacklist teruih la nama depa.... biar pegi tak kembali biggrin.gif
♦محمد أفيق♦
banyak buat hal la org2 ni. buat la keje senang. tak susahkan org..
B@zSh™
Adoyai...macam2 la diaorang ni
Aku lg suka kalo diaorang balik ke negara masing
Skrg ni masalah mat2 Afrika lak
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2025