Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦
KUALA LUMPUR: Penjualan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sejajar dengan keputusan itu, pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan mulai sekarang hingga 31 Mei ini untuk menghabiskan stok paket rokok yang kurang daripada 20 batang rokok di pasaran.

"Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan ke atas perkara ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang rokok mulai 1 Jun 2010," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu telah dipersetujui oleh semua syarikat rokok dan kerajaan berterima kasih di atas sokongan dan kerjasama syarikat terbabit.

"Larangan pengilangan dan penjualan rokok paket rokok yang mengandungi kurang dari 20 batang sebenarnya telahpun diwartakan pada 23 September 2004 melalui peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

"Bagaimanapun penguatkuasaan terhadap larangan tersebut telah ditangguhkan selepas kerajaan mempertimbangkan rayuan daripada syarikat-syarikat rokok," katanya.

Liow berkata, sehubungan penguatkuasaan itu, sesiapa yang didapati melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun.

Katanya, larangan itu juga selaras dengan saranan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Larangan penjualan paket rokok bungkusan kecil ini adalah bertujuan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan golongan kanak-kanak dan remaja untuk membeli dan memulakan tabiat merokok yang tidak sihat dan merugikan," katanya. - Bernama
mat.g™
takde makner nyer... budak2 sekolah lps ni pakat kumpul kongsi duit utk beli yg 20 batang punyer.. pastu hisap ramai2.
ganazz
tokey kedai jual rokok dlm tin da.... satu batang, budak2 bley beli....
♦محمد أفيق♦
ape pon buat. mesti ade cara tok beli sedikit. xde hal punya la. budak2 skrg kan bijak2.
mat.g™
nampaknya sykt pengeluar rokok yg untung sbb depa dpt reduce cost... sbb just buat satu jenis kotak(20') sahaja dan keluarkan produk dlm satu variant sahaja.. jimat kos dan sales depa meningkat.. org tetap akan beli rokok.. sape lah yg buat keputusan sengal ini?
sHäm
Dah lama tak beli rokok kotak ..
Isap rokok daun jer .. by.gif
B@zSh™
Best ker isap rokok?
WebZone-_-Attack
QUOTE (B@zSh™ @ Dec 5 2009, 09:41 AM) *
Best ker isap rokok?



aku tak hisap rokok..

xde nafsu dgn rokok..
mat.g™
hanya perokok saja yg tahu nikmat rokok... mahal mcm mana pon rokok, pasti ada org membeli.. itulah hebatnya produk yg bernama rokok.. tak perlu iklan tak perlu publisiti... setiap hari laris dipasaran.. hehe
WaKenaBeb
bg org isap rokok, mmg sengsara klu satu ari x isap rokok. dia punyer penangan nikmat kalah bini. nak2.. lepas makan. mesti wajib perkena rokok. hahaha... laugh.gif
ganazz
QUOTE (WaKenaBeb @ Jan 8 2010, 12:52 AM) *
nak2.. lepas makan. mesti wajib perkena rokok. hahaha... laugh.gif

lepas makan isap rokok, kira satu kesilapan besar...... badan tak bley serap nutrien.... so makanan just lalu je.....
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2025