Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: 'Saya tidak akan tinggalkan United'
CAKAP.Net > Cakap Santai > Cakap Sukan & Rekreasi > Cakap Bola Sepak
♦محمد أفيق♦


LONDON - "Saya tidak akan meninggalkan United."

Demikian reaksi pengurus Manchester United, Alex Ferguson semalam ketika menyangkal laporan yang menyatakan beliau akan meninggalkan kelab dari Old Trafford itu pada hujung musim ini.

Malah, pengurus yang berasal dari Scotland itu menegaskan, beliau tidak pernah merancang untuk bersara.

Ferguson, 68, menjelaskan, beliau berhajat untuk terus bersama kelab Old Trafford itu selagi kesihatannya tidak menjadi penghalang sambil menafikan khabar angin yang Jose Mourinho akan menggantikannya hujung musim ini.

"Tiada kebenaran langsung dalam laporan itu," kata Ferguson semalam.

"Semuanya karut. Saya tidak berniat langsung untuk bersara. Jika ada pun, saya akan memberitahunya sendiri kepada lembaga pengarah.

"Seperti yang saya berulang kali katakan, apa yang boleh menghalang keinginan saya ini hanyalah tahap kesihatan saya dan malangnya bagi kebanyakan kamu, saya masih sihat." - Agensi
mat.g™
sudah sinonim nama Sir Alex Ferguson dgn ManU
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024