Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Nyanyi lagu Negaraku
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦
IPOH: Seramai 33 samseng jalanan yang ditahan dalam satu operasi awal pagi semalam bukan saja dipaksa menguji bakat suara masing-masing dengan menyanyi lagu Negaraku beramai-ramai, malah dikerah menolak motosikal masing-masing sejauh tujuh kilometer ke balai polis terdekat.

Dalam operasi mencegah lumba haram bermula jam 3 hingga 5 pagi, sepasukan anggota polis diketuai Asisten Superintendan Abdul Malik Abu Bakar bersama anggota dan pegawai Cawangan Trafik Perak berjaya menahan mereka kerana menunggang secara berbahaya.


Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perak, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata semua samseng jalanan itu ditahan hasil penyamaran dilakukan anggota polis berpakaian preman yang bersembunyi di beberapa lokasi, termasuk di tepi jalan sekitar bandar raya itu.


Katanya, beberapa jam selepas intipan dijalankan, pihaknya mengesan sekumpulan penunggang dan pembonceng motosikal menunggang secara berbahaya sebelum mereka ditahan dalam sekatan jalan di Jalan Sultan Azlan Shah, berdekatan Pasir Puteh.


“Sebaik ditahan, mereka diperiksa sebelum dibawa ke Cawangan Penguasa Trafik Kontinjen Perak di Sungai Senam di sini bagi siasatan lanjut, termasuk menjalani saringan ujian air kencing.

“Hasil pemeriksaan, 33 penunggang dan pembonceng ditahan untuk pemeriksaan lanjut, termasuk tidak memiliki lesen memandu,” katanya ketika dihubungi semalam.


Wan Abdullah berkata, pihaknya turut menyita tujuh motosikal dan mengeluarkan 47 saman di atas pelbagai kesalahan.


“Polis juga meminta semua samseng jalanan yang ditahan menyanyikan lagu Negaraku di perkarangan balai polis sebagai menyuntik semangat kenegaraan selain motivasi diri untuk menimbulkan kesedaran kerana sikap mereka melanggar undang-undang negara.


“Setiap operasi dijalankan polis bukan bertujuan mencari kesalahan pengguna jalan raya, terutama di kalangan mat rempit, tetapi menyedarkan mereka mengenai bahaya berlumba secara haram, sekali gus mengekang kes jenayah jalanan yang sinonimnya dilakukan kumpulan terbabit,” katanya.
eskep
Best, best.... camtulah abang polis, understanding. Suruh nyanyi lagu negaraku lagi, jangan main sepak terajang ye bang. wink.gif
♦محمد أفيق♦
suruh buat amal..pon ok jugak..
dah penat lagu negaraku..lagu lain la...tanggal 31 ke..
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024