SEREMBAN - Seorang anggota polis direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung tindakannya melepaskan tembakan ke arah seorang remaja hingga menyebabkan mangsa cedera di Jalan Seremban-Jelebu di sini kelmarin.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, anggota yang bertugas di Balai Polis Rahang dekat sini itu kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

"Kita telah mengambil keterangan anggota polis yang telah berkhidmat lebih setahun lalu itu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! Ahad semalam melaporkan, dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, Mohd. Azizi Aziz, 17, cedera parah di perut selepas ditembak oleh seorang anggota polis semasa mangsa dikejar.

~tembak~tembak~tembak~