PESHAWAR: Seorang warga Amerika Syarikat yang bersenjatakan pistol dan pedang ditahan di utara Pakistan dan memberitahu penyiasat, dia dalam perjalanan untuk membunuh Osama bin Laden.
Jurucakap polis Pakistan, Mumtaz Ahmad Khan berkata, lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai Gary Faulkner, pekerja binaan berusia 52 tahun dari California.


Menurut Mumtaz, warga Amerika itu ditahan di sebuah hutan di wilayah Chital, Ahad lalu.


“Kami mulanya ketawa apabila dia memberitahu rancangannya untuk membunuh Osama bin Laden. Tetapi apabila polis menemui pistol dan pedang serta kelengkapan penglihatan waktu malam yang dimilikinya, keyakinan kami terhadap niatnya meningkat,” kata Mumtaz.


Faulkner kini ditahan untuk disoal siasat pegawai di Peshawar. Dia memberitahu polis, dia sudah tujuh kali melawat Pakistan dan ini adalah yang ketiga dia berada di Chitral, kawasan pedalaman di wilayah pergunungan berhampiran sempadan Afghanistan.


Ia antara kawasan yang dikatakan menjadi tempat persembunyian pemimpin al-Qaeda itu. - AFP


Ingat senang ke nak buat begitu