KOTA BHARU - Selepas Johor, Kelantan semalam juga mengumumkan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada tujuh individu oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Pada masa yang sama, Tengku Muhammad Faris juga menarik balik pelantikan Jaksa Pendamai (JP) terhadap tiga individu lain.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, mereka yang ditarik balik darjah kebesaran itu ialah bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shokri Mohamed, 57, dan ia berkuat kuasa 9 Mei lalu.

Sebelum ini, Shokri menerima darjah kebesaran Ahli Yang Pertama yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Turut ditarik balik darjah kebesaran ialah Ahli Dewan Negara, Ahmad Rusli Iberahim, 53, yang juga menerima darjah kebesaran Ahli Yang Kedua yang juga membawa gelaran Datuk Paduka berkuat kuasa 29 September tahun lalu.


macam tarik tali pulak