KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran memberi jaminan cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak akan dibuat secara terburu-buru.

Sebaliknya kementerian berkenaan akan mengkaji reaksi guru dan ibu bapa menerusi media-massa sebelum membuat keputusan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, cadangan pemansuhan UPSR dan PMR itu berniat positif ke arah perkembangan pendidikan negara.

“Kita akan kumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa sebelum menentukan tindakan seterusnya,’’ katanya di sini semalam

=> rasenya tak perlu nak di mansuh kan. itu sebagai petunjuk prestasi pelajar