Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Peniaga pukul penguat kuasa
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
♦محمد أفيق♦


ALOR SETAR – Tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyita dan merampas barang jualan peniaga yang berniaga sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan telah menyebabkan seorang wanita naik angin lalu memukul anggota penguat kuasa yang datang ke kedainya semalam.

Wanita berusia 50-an itu bertindak demikian apabila sekumpulan penguat kuasa MBAS datang ke kedainya di Kota Sarang Semut yang menjual makanan seawal 11 pagi.

Wanita itu bagaimanapun berjaya ditenteramkan sebelum MBAS merampas kesemua barangan dan peralatan perniagaannya termasuk lauk-pauk dalam operasi Ramadan bermula pukul 9 pagi itu.

Penolong Pegawai Tadbir MBAS, Azizah Hamid memberitahu, rampasan makanan tersebut dibuat kerana peniaga melanggar arahan yang dikeluarkan pihaknya melarang menjual makanan pada bulan Ramadan sebelum pukul 3 petang.
mat.g™
Kalau dah bukak warong pukol 11 pagi, terang2 lah dok jual kpd org yg tidak berpuasa.
♦محمد أفيق♦
salah sendri nak pukul org lain..he2..
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024