Assalamualaikum.
Kebelakangan ini kita sering dimomokkan dengan berita berunsur perkauman dan cubaan pencabulan hak-hak istimewa Melayu oleh pihak-pihak tertentu dari sumber akhbar yang dilihat sama (Utusan Malaysia). Ada orang mecadangkan agar kita menghentikan membeli Utusan Malaysia dan galakkan keluarga serta sahabat handai untuk turut menghentikan pembelian akhbar tersebut.
Kata mereka, membeli Utusan Malaysia adalah lebih merbahaya daripada membeli rokok kerana rokok hanya merosakkan diri sendiri tetapi Utusan Malaysia merosakkan agama, bangsa dan negara.
Ada benar pandangan ini? Bukankah motto utama Utusan Malaysia adalah 'penyebar fikiran rakyat', bukannya 'penyebar fitnah rakyat'. Apakah juga pandangan anda atas pandangan membeli Utusan Malaysia berbahaya dari membeli rokok?
Bahaskan secara ilmiah..