Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: BErambus AG
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa > Cakap Politik
padaiyappaİ
Lim Kit Siang mendakwa di Dewan Rakyat hari ini bahawa siasatan peringkat tertinggi telah 'mengesahkan' bahawa Peguam Negara, Abdul Gani Patail telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka bukti dalam perbicaraan Datuk Anwar Ibrahim 10 tahun lalu.

Lim (DAP-Ipoh Timur) membuat dakwaan tersebut ketika membahaskan Bajet 2009 pagi ini.

Memetik sumber-sumber yang tidak dinamainya, Lim memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau difahamkan bahawa Ketua Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut pada bulan Julai.

Katanya, beliau mendapat tahu yang ketua peguamcara negara telah membuat kesimpulan bahawa AG memang telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka bukti terhadap ahli Parlimen Permatang (Anwar).

Ekoran itu, Lim mendesak Abdul Gani supaya meletakkan jawatannya serta merta.

"Bagaimana kita hendak benarkan seorang penjenayah (berkhidmat) sebagai AG? Apa yang sedang berlaku kepada Malaysia?".

Dakwaan bahawa Abdul Gani (kiri) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (kanan) mereka bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu, muncul semula dalam satu dokumen mahkamah seorang anggota polis yang telah bersara.

Mat Zain Ibrahim, yang mengetuai siasatan terhadap insiden 'mata lebam" yang membabitkan Anwar pada 1998, membayangkan dalam dokumen tersebut, bahawa Abdul Gani telah melengahkan proses siasatan dan menyembunyikan fakta-fakta penting dalam kes tersebut daripada pengetahuan AG ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah.

Abdul Gani adalah timbalan kanan pendakwaraya ketika itu.

Anwar (kiri) telah membuat dakwaan yang sama terhadap Abdul Gani dan Musa dalam laporan polisnya Julai lalu, tetapi kedua-duanya telah menafikan dakwaan tersebut.

Musa telah memfailkan saman fitnah terhadap Anwar manakala Abdul Gani juga turut menyuaratkan hasratnya untuk menyaman bekas timbalan perdana menteri itu.

Lim memberitahu pemberita di lobi Parlimen kemudiannya bahawa siasatan tersebut telah dijalankan selepas Anwar membuat laporan polis tersebut.

Pagi tadi, pemimpin kanan DAP itu terbabit dalam perang mulut dengan para penyokong kerajaan, serta memanggil sama sama lain sebagai orang hutan.
caruso
QUOTE (Padaiyappa @ Oct 15 2008, 02:17 PM) *

boleh confirm ke apa yg kit siang cakap tu?kalau betul bagus la.....he he he
padaiyappaİ
dipetik dari TKO tu,,,,

caruso
QUOTE (Padaiyappa @ Oct 15 2008, 04:00 PM) *
dipetik dari TKO tu,,,,

aku rasa betul tu statement kit siang,kalau tak takkan dia berani cakap dlm parlimen!

tggu kalau ada keluar berita....kalau lah ada...
padaiyappaİ
betul-betul
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024