Contoh Soalan Exam PTD M41Contoh Soalan Seksyen A – Pengetahuan am.
1. Agama Islam mula berkembang di Melaka pada
A. Awal abad ke-14
B. Awal abad ke-15
C. Penghujung abad ke-13
D. Penghujung abad ke-14
Jawapan : B
2. Berikut ialah faktor-faktor yang menjadi sebab Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-15, kecuali
A. Dapat perlindungan dan hubungan diplomatik dengan negeri China
B. Kedudukan strategik dan tumpuan ramai pedagang asing terhadap Melaka
C. Ketika Tun Perak menjadi Bendahara Melaka
D. Sumber bahan mentah yang kaya di Melaka
Jawapan : C
3. Penduduk India berhijrah ke Tanah Melayu kerana
A. Bencana alam kerap melanda India
B. Hidup susah di India
C. Mendapat sokongan penjajah British
D. Mendapati banyak peluang pekerjaan di Tanah Melayu
Jawapan : C
4. Orang Belanda merebut kuasa pemerintahan di Tanah Melayu dari Portugis kerana
A. Mengawal pengaruh British di Negeri-Negeri Selat
B. Menguasai ekonomi dan perdagangan
C. Mengusir orang Portugis dari Tanah Melayu
D. Menyebarkan ideologi dan agama Belanda
Jawapan : B
5. Di antara berikut, yang manakah tarikh penjajahan British di Tanah Melayu berikut adalah salah?
A. Perjanjian Pangkor dimeterai (1874)
B. Penubuhan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (1909)
C. Penubuhan negeri-negeri Melayu bersekutu (1896)
D. Pembentukan negeri-negeri Selat berdasarkan Perjanjian dengan Belanda (1824)
Jawapan : D
Contoh soalan Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
1. Untuk perjalanan dari tempat P ke tempat Q, kita boleh gunakan bas, bot atau kapal terbang. Ini sama dengan perjalanan dari tempat Q ke tempat R. Berapakah cara yang boleh digunakan untuk perjalanan dari tempat P ke tempat R, melalui Q?
A. 3
B. 6
C. 9
D. 12
Jawapan : C
Lagi info, klik => klik sini ==>
http://lulusptd.comTags:
panduan ptd, exam ptd, rujukan ptd, soalan ptd, info ptd, tips ujian ptd, lulus exam ptd, Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41