ni report yang telah dihantar oleh salah seorang pengguna yang tertipu dengan perkhidmatan u-mobile nih. dia gunakan U38 line dan Surf with U wireless internet. katanya, dalam iklan kawasan tempat tinggalnya ada line internet, tapi setelah mencubanya sungguh mengecewakan..ni siap ada lagi logo bencikan U-mobile..so, ape benda U-mobile ni fikirkan? tipu rakyat Malaysia puas2?? ni copy report yang telah dihantar
QUOTE
From: LeoSabri - www.leosabri.com <email@leosabri.com>
Date: 2008/8/8
Subject: Re: FW: Perkhidmatan 'Internet' U Mobile Services Sdn Bhd
To: Che Norhazreen Che Mat Reffin <che.norhazreen@cmc.gov.my>
Cc: Shaharliza Mohd Saman <shaharliza@cmc.gov.my>,
Aduan SKMM <aduanskmm@cmc.gov.my>
To:
Che Norhazreen Che Mat Reffin <che.norhazreen@cmc.gov.my>
Cc:
Shaharliza Mohd Saman <shaharliza@cmc.gov.my>
SKMM Consumer Complaints Bureau
Malaysian Communications and Multimedia Commission
63000 Cyberjaya, Selangor.
U/P: Consumer Protection Department / Bahagian Berkaitan
Umobile Sdn. Bhd.
(http://u.com.my/umobile/cmportal.portal?_nfpb=true&_pageLabel=umobileportal_portal_page_write2us)
Lot 11.01, Level 11, East Wing
Berjaya Time Square, 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
U/P: Bahagian Berkaitan*
*FW: Perkhidmatan 'Internet' U Mobile Services Sdn Bhd - "Deleted as MCMC DISCLAIMER"
"Amin Ariff" <aminariff.aziz@u.com.my>*
*FW: Perkhidmatan 'Internet' U Mobile Services Sdn Bhd - "Deleted as MCMC DISCLAIMER"
From:
LeoSabri
***
Seksyen 8, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Jumaat, Ogos 8, 2008
Assalammualaikum "Sejahtera Atas Kamu" dan salam sejahtera.
Berbahagia Tuan/Puan/Encik/Cik.
Puan/Cik Che Norhazreen Che Mat Reffin,
Re: FW: Perkhidmatan 'Internet' U Mobile Services Sdn. Bhd.
Dimaklumkan bahawa, setelah menggunakan Perkhidmatan Internet Broadband dan 3G dari Umobile Sdn. Bhd. atau, dikenali sebagai U Mobile Services Sdn. Bhd. atau, M3 Mobile Sdn. Bhd. atau, MiTV Networks Sdn. Bhd. dikenal pasti menyediakan produk jualan atau promosi tidak lengkap, iaitu dengan tidak menyatakan atau menekankan bahawa, rangkaian Perkhidmatan Internet Broadband mahupun 3G, adalah berdasarkan penggunaan "Internet Protocol (IP) Address" dalam lingkungan protokol "Share/Fix/Static".
Berdasarkan terdapat kekeliruan kepada perkhidmatan diberikan, adalah tidak wajar bagi pihak tersebut menyediakan perkhidmatan berkaitan. Ia juga berdasarkan, beberapa aduan telah dikemukakan menerusi panggilan telefon kepada pihak terbabit, iaitu setelah mengenal pasti isu berkenaan termasuk, terlalu banyak aduan berkaitan ganguan perkhidmatan, namun sehingga kini tiada tindakkan sewajarnya diberikan malah, ianya diabaikan begitu sahaja.
Merujuk dari pendaftaran "produk jualan atau promosi perkenalan" bagi perkhidmatan tersebut, yang telah dibuat pada awalan penyediaan perkhidmatan, ianya adalah berdasarkan pendaftaran berbentuk, dua (2) tahun kontrak perkhidmatan.
Kontrak perkhidmatan berkenaan sepatutnya dibatalkan pada masa ini, mahupun serta merta dengan tanpa sebarang bayaran sampingan dikenakan. Ini berdasarkan, kekeliruan kepada produk jualan atau promosi dan, kesan dari peningkatan pengguna kepada perkhidmatan tersebut, dinyatakan bahawa perkhidmatan adalah amat tidak memuaskan.
Perkara seperti ini diketengahkan kepada pihak Puan/Cik terutama, kepada pihak Suruhanjaya dan Kementerian bertujuan agar, pihak yang bertanggungjawab atau, dipertanggungjawabkan dapat menangani permasalahan atau, isu atau, rungutan atau, aduan yang sering berlaku kepada pengguna.
Walaupun telah ditekankan kepada pihak terbabit bahawa, setiap isu dibangkitkan akan disusli menerusi Suruhanjaya dan Kementerian namun, ia diibaratkan tidak memberi kesan kepada pihak tersebut untuk mengatasi permasalahan berlaku dan, ianya juga seperti, pihak Suruhanjaya dan Kementerian tidak memberi impak atau tekanan kepada pihak tersebut.
Kelihatan juga, tiada usaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan, tiada cabaran kepada pihak tersebut apabila mengabaikan aduan pengguna serta, tidak menghormati aduan bahawa, aduan berkenaan akan disusuli kepada pihak Suruhanjaya dan Kementerian selepas pada itu, iaitu setelah tiada tindakkan sewajarnya diberikan, seperti laporan ini.
Dengan ini, saya dan pengguna lain, iaitu berdasarkan keluhan antara kami, kami mengharapkan dari pihak Puan/Cik terutama kepada pihak Suruhanjaya dan Kementerian. Semoga dapat mengatasi isu ini dengan kuasa yang telah diberikan, iaitudengan mengambil tindakkan sewajarnya kepada pihak terbabit agar, pihak Suruhanjaya dan Kementerian mendapat pegiktirafan dan penghormatan sewajarnya.
Maka, kami berpendapat bahawa, apa jua promosi yang sedang atau yang akan dijalankan, dapat dihentikan serta merta selagi setiap aduan yang dikemukan tidak mendapat perhatian mahupun kesan sewajarnya diambil, ini kerana perkhidmatan yang disediakan adalah pada tahap tidak memuaskan dan, hanya mengira keuntungan untuk pihak tersebut semata-mata.
Sekian, terima kasih, harap maklum.
Yang benar,
LeoSabri
IT Consultant
+60 18 208 8122 - Postpaid U38/3G
+60 18 380 4520 - Surf with U/Broadband