Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Ada 10 - 15 ribu pelacur di Kuala Lumpur, banggakah saudara?
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
padaiyappa©


Majalah Dewan Masyarakat keluaran Oktober 2008 ada memaparkan data dan fenomena yang menakutkan di negara kita yang tercinta ini. Dalam artikel bertajuk “Malam Kuala Lumpur Semakin Menggila”, penulis membentangkan fakta bahawa ” pada 8 November 2005 dianggarkan sekurang-kurangnya 150 ribu wanita terlibat dalam kegiatan pelacuran di Malaysia. Daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 10-15 ribu orang pelacur berada di Kuala Lumpur.”

Saya petik komentar ini dari blog sahabat, Lindaamri, salah seorang ahli RAM FC (kelab pembaca novel Ramlee Awang Murshid).

“Berdasarkan kaji selidik penulis rencana ini, dominasi pelacur di ibu kota sekarang bukan lagi terdiri daripada pelacur kelas bawahan yang bersarang di Lorong Haji Taib dan chow Kit seperti 10-20 tahun dahulu. Sebaliknya, pelacur di KL sudah dimonopoli pelacur kelas menengah yang kebanyakan beroperasi di pusat spa dan urut di hotel mahupun premis persendirian.

Fakta yang lebih mengejutkan saya adalah anggaran pendapatan hasil aktiviti pelacuran ini. Purata harga “caj perkhidmatan” yang dikenakan oleh pelacur kelas menengah kepada seorang pelanggan adalah antara RM100 hingga RM250.

Dengan anggaran jumlah pelacur seramai 10 ribu orang dan lima ribu daripada jumlah ini adalah pelacur kelas menengah yang beroperasi setiap hari serta secara purata seorang pelacur dilanggan oleh tiga orang pelanggan, maka jumlah wang urus niaga seks paling minimum di KL sahaja mencatatkan RM1.5 juta sehari, RM45 juta sebulan dan RM5.4 billion setahun. Jumlah ini lima kali ganda lebih besar daripada peruntukan dalam Belanjawan 2009 untuk membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk miskin di Sabah dan Sarawak!”

Malaysia negara Islamkah? Kata Lindaamri dalam blognya:

“Pada ketika saya melihat anggaran pendapatan inilah pelbagai persoalan menerjah fikiran saya sekaligus meragui status Malaysia sebagai Negara Islam. Adakah wajar Malaysia diiktiraf sebagai Negara Islam sedangkan maksiat bermaharaja lela di hadapan mata? Sekiranya ada yang memberikan jawapan – penguatkuasaan ada dilaksanakan tetapi menurut fakta dalam rencana ini – sekurang-kurangnya sebanyak 843 serbuan sudah dibuat di pusat pelacuran di KL dan sebanyak 1309 orang pelacur berjaya diberkas (data Bukit Aman setakat 30 Jun 2008). Angka ini cuma 13.1 peratus daripada jumlah anggaran 10 ribu orang pelacur di KL.

Sememangnya sungguh menyedihkan. Adakah kerajaan sekadar memerhati tanpa mengambil sebarang tindakan drastik sambil menikmati hasil lumayan aktiviti maksiat ini? Apakah jaminan masa hadapan generasi akan datang Malaysia yang lebih terdedah kepada gejala maksiat yang lebih teruk sekiranya perkara ini tidak dibendung? Lebih menyedihkan lagi aktiviti maksiat ini telah menular di dalam Internet dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sendiri tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap beberapa pengendali laman web lucah kerana mereka beroperasi secara sah mengikut undang-undang.”

Artikel penuh di sini: http://www.lindaamri.com/2008/10/corat-cor...yam-apakah.html
publicManager
Undang2 Islam x dilaksanankan sebab tu manusia2 jalang tu x takut hapaa...
takat kena tahan pastu bayar sikit lepas apa la sangat...
Kuro-Obi
ehh....pegawai 2 org tu nk cuci mata ker.....? rolleyes.gif
sHäm
10 - 15 ribu pelacur , cuba bayangkan pula berapa pelanggan yg datang .. ntah2 sehari 30 - 50 ribu warga KL melanggan .. fuhh , boleh kiamat cam ni hmm.gif
shamsul
sekarang ni semua dah x boleh pakai
semua duk tengok jer maksiat depan mata
padaiyappa©
rasanya mereka takut ,,, kalau tengok orang kena pukul kat tengah jalan pun bukan ada oran yang tolong sekarang
Raja Kayangan
betul tu, sekarang manusia lebih pentingkan diri sendiri...selamatkan diri sendiri, masalah sekeliling biar je, janji tak terjejas diri sendiri...
wat pe nak peduli hal orang, masalah2 tu kan ade pihak berwajib yg bertanggungjawab, yg takde kene mengena, wat bdo je la....
KATA HATI MASYARAKAT KINI, MASA KINI
wandisini
kita jadi pentingkan diri sendiri sbb sekeliling kita dah memang camtu keadaannya

cth la..
kalu da org kehabisan minyak kat jalan atau kereta rosak..adakah kita akan berhenti tolong?
kita yg baik hati, akan fikir nak berhenti dan tolong...tapi sebelum kita betul2 nak berhenti mesti akan terlintas apa akan jadi kalu org tu nak merompak ke plak. dah susah kita plak, betul tak?
pernah dengar pasal org kena samun masa nak tolong org? kena rompak masa nak bagi org minum dtg umah? pernah kan

bagi aku la
kita ni bukan la penting diri sendiri, cuma kita risau keselamatan dan kepentingan diri kita sendiri gak
buat baik pun takut di salah gunakan

kena ikut tempat la nak buat baik
bakteria
aku sokong pendapat wandisini...bkn penting diri dan bukan tknak amik tau pasal hal sekeliling...

bila agama islam berada di bwh perlembagaan negara...ni la jadinya...setiap hukum dan undang2 islam yg bercanggah dengan perlembagaan akan sendirinya terbatal...so nk wt cmna lg...

padahal boleh ja kalau kerajaan bagi lebih kuasa cket pada jabatan agama untuk ambil tindakan terhadap benda2 cmni...negara kita ni tgu masa ja nak jadi mcm indon tu...bala demi bala....tabah2
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024