Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: Rafiah dakwa khidmatnya tidak disambung kerana dia wanita
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
padaiyappaİ


Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mendakwa wujudnya prasangka jantina oleh kerajaan terhadap ahli-ahli akademik tempatan ekoran kontroversi selepas perkhidmatannya tidak disambung.

Sebagai wanita pertama dilantik sebagai naib canselor di negara ini, kontrak Rafiah tidak disambung dan beliau hanya dimaklumkan mengenai keputusan itu 48 jam sebelum tempoh perkhidmatannya tamat.

Beliau dilantik menerajui UM pada bulan Mei 2006.

"Hanya kerana kami wanita dan kami tidak ada benda itu, maka kita tidak bagus," kata Rafiah kepada Malaysiakini di pejabat barunya di UM hari ini.

Bekas-bekas naib canselor UM - universiti tertua di negara ini - biasanya disediakan premis pejabat untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan.

Rafiah berkata ia amat menyedihkan kerana ada kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengajian tinggi dan "anda mengharap mereka bersikap lebih liberal dan maju dalam pemikiran mereka".

Rafiah, 61, adalah bekas pensyarah undang-undang dan bekas penolong gabenor Bank Negara.

Ditanya mengenai dakwaannya tentang berlakunya prasangka jantina itu, Rafiah berkata beliau mendapat baru-baru ini bahawa naib canselor wanita diberi kontrak perkhidmatan selama dua tahun, sedangkan naib canselor lelaki mendapat kontrak tiga tahun.

Ini termasuk kontrak perkhidmatan penggantinya, Prof Dr Ghauth Jasmon.

"Tidakkah ini [menunjukkan mereka] lebih yakin dengan lelaki berbanding dengan wanita," soalnya.
bakteria
dia tidak disambung kontrak kerana dia wanita...gender discrimination...aku rasa bukan sebab tu...ada org ckp dia ni tak ada PhD...doktor yg ada pada pangkal nama dia tu sebab dia terima ijazah doktor kehormat dari universiti (tk sure aku universiti mana) dan bukan sebab dia terima ijazah doktor falsafah...mungkin betul...tapi ok gak la dia turun...bg la org lain lak yg naik yg mmpu bwk perubahan pada universiti...tgk la pencapaian UM di bwh dia...tk ke mana UM mcm tu...sampai USM lak yg layak dpt jadi universiti APEX...mmmm
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024