Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: TOL ADA DISKAUN BRO....
CAKAP.Net > Cakap Umum > Cakap Isu Semasa
padaiyappa©
PLUS tawar diskaun untuk pengguna lebuhraya
Nov 18, 08 12:09pm
Semua kenderaan ringan yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Elite, akan menikmati potongan diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.

plus highway 181108Tawaran diskaun tersebut berkuatkuasa selama dua dua tahun - dari 1 Januari ini hingga 31 Disember 2010.

Bagi musim perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina Deepavali dan Krismas, PLUS menawarkan 10 peratus lagi diskaun - menjadikannya 20 peratus - selama enam hari.

Manakala bagi penggunaan tol melebihi RM200 sebulan, pengguna boleh mendaftar dengan program setia PLUS - untuk mendapatkan diskaun 5 peratus mulai 1 Januari depan.

QUOTE
Manfaat utk rakyat makin bertambah-tambah........teruskan perjuang utk rakyat. Hidup PR.
mat.g™
QUOTE (Padaiyappa @ Nov 18 2008, 02:05 PM) *
Manfaat utk rakyat makin bertambah-tambah........teruskan perjuang utk rakyat. Hidup PR.


Pakatan Rakyat ker yg usaha beri diskaun Tol kpd rakyat ni bro??
ganazz
stat tengah malam ramai ke yang dok lip lap atas lebuhraya?
padaiyappa©
QUOTE (mat.g @ Nov 18 2008, 02:10 PM) *
Pakatan Rakyat ker yg usaha beri diskaun Tol kpd rakyat ni bro??



matg, demo dah bersekongkol dengan BEND ka ? demo kan jambu baru DSAI ...
Alexandra
tol jew turun ape nak heran. suruh tambang bas turus laa...

surcas 30% tuu gile bangat membebankan pengguna.
bakteria
ok la jgk tol ada diskaun...tp bg aku yg terbaik skali kalau mmpu kerajaan deal ngan syarikat konsesi bayar half ja kadar tol tu...macam PLUS tu dh lama sgt untung besar tu...tapi jalan utara ke selatan agak teruk especially area kedah...jalan hampeh terutama selepas susur keluar ke gurun...jalan mcm nak taknak ja selenggara...
padaiyappa©
kpd para suami sekalian, skrg anda sudah mempunyai alasan utk melencong lepas keja.. Klu bini ty, ckp aje kul 12mlm dpt diskaun tol..
padaiyappa©
mungkin lepas ni syarikat2 swasta kena tukar waktu operasi selepas 12 malam...supaya pekerja2nya dpt menikmati potongan 10% tol dari kerajaan...
mat.g™


Tula sebenarnya sekadar diskaun 10% masih tidak cukup tidak memadai utk mengalakkan orang ramai menggunakan laluan highway diluar waktu puncak antara 12.00 am - 7.00 am.. ctnya kadar utk KL-JB tolnya dlm RM40 jadi dpt potongan 10% iaitu RM4 sahaja.. lepaslah sebungkus nasi ayam pasar malam.

Bagi saya tidak berbaloi utk kejar 10%, at least depa kena bagi 20 - 30% diskaun diluar waktu puncak.
Kalau saya sendiri pon kalau sekadar nak jimat RM4 sanggup ambik risiko mengantuk tunggu drive tgh malam amatlah tidak bijak. Pihak PLUS dan krjn patut kaji balik diskaun ni jika betul2 nak berjasa kpd rakyat. apelah.gif
padaiyappa©
Aku rasa discount ni nak tunjuk baik konon sebab perjanjian konsesi yang berat sebelah akan didedahkan tahun depan . Jadi nak cover sikit kebangangan kerajaan dan kerakusan pihak swasta ,dibuat le discount ni.
ganazz
tektik nak tunjuk baik, sebenarnya nak pekena!
padaiyappa©
makan dalam diam ...
padaiyappa©
Semalam Menteri Kerjaraya umumkan PLUS berikan diskaun kepada kenderaan kelas 1 diskaun 10% kepada pengguna dari jam 12 tengahmalam - 7 pagi.

Komen che'GuBard

* segala penurunan harga bagus untuk rakyat dan disambut baik
* cuma diakaun macam lawak kerana tempoh masa yang diberikan
* kerana tempoh masa itu mungkin akan ramai bergegas untuk bergerak malam maka kesanya ramai pemamdu mengantuk dan mengakibatkan kemalangan yang lebih banyak. Kedua kesanya ialah kadar produktif rakyat mungkin berkurang kerana terpaksa mengejar perjalanan lewat malam dan awal pagi.
* diskaun harus diberikan pada masa puncak khususnya perayaan kerana PLUS gagal menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna pada waktu itu.
* diskaun cuma 10% pada ketika rakyat sepatutnya tidur lena tetapi PLUS terus membuat keuntungan dengan kadar kenaikan 10% saban tahun dan jika tidak naik kepada rakyat kerajaan harus bayar juga dengan wang rakyat....??
sHäm
Yang untungnya aku dok kampung , nak jumpa tol pun jarang2 , tu pun bila out-stations kalau tak memang tak jumpa la tol n highway
bakteria
tol...tol...tol

sampai bila lagi ni...aku nak gak rasa naik highway PLUS secara percuma...dah hampir 23thn lebuhraya utara selatan dibina...dh hampir 20thn PLUS dapat duit untung tol...bila lagi ni nak free....free...free
padaiyappa©
tukar kerajaan ...
bakteria
tukar kerajaan pn bukan senang nak hapuskan tol...sbb kerajaan deal ngan syarikat konsesi...andaikata nak hapuskan tol...banyak kerajaan terpaksa bayar kepada syarikat2 ni...abis la duit rakyat...lagipun perjanjian tu mcm berat sebelah ja aku rasa...apa pn tgu la perjanjian tu didedahkan...tu pun aku harap tkda manipulasi terhadap perjanjian tu...
padaiyappa©
ya setuju
mat.g™
tol ni bukannya nak mintak hapus terus, at least kurangkan lah kadar.. ni makin bertambah dan tak pernah kurang, tp highway tetap mcm tu jugak dgn traffic jam tak sudah2.. bagi aku bukan setakat tol highway PLUS je, highway yg dekat KL dan Selangor ni caj dgn kadar yg amat tinggi.. cthnya aku sendiri ulang alik kerja guna LDP setiap 5KM kena bayar tol RM1.60 kena 4 kali sehari dah RM6.40.. patutnya kadar tol tu 50sen udah le sekali bayar barulah tak membebankan rakyat.
wandisini
ada tak sesapa yg keje sykt tol boleh bagi komen sikit

asik dengar pendapat dan andaian je
padaiyappa©
berdasarkan jualan jualan kereta di malaysia setiap bulan mececah 10 ribu unit ... rasanya pihak pihak konsesi lebuh raya tidak patut menaikkan tol tol yang ada kat malaysia khususnya selangor .. banyakkan setiap bulan perodua dapat jual 12 ribu unit sebulan, proton 10 ribu unit ... patutnya dikurangkan kadar toll
bakteria
QUOTE
ada tak sesapa yg keje sykt tol boleh bagi komen sikit

asik dengar pendapat dan andaian je


pendapat aku stuju...andaian kurg stuju cket...

lagipun baik mintak pendapat rakyat...sebab kalau ikut pendapat syarikat konsesi...memang nak naikkan lagi kadar tol tu...hehehe

nisbah kereta yg menggunakan lebuh raya makin bertambah...tol makin naik...ala bukan nya kalau ari ni kereta guna highway 20k sehari...esok lak 30k sehari...jalan tu nak rosak...jalan tu bukan senang nk rosak...tol amik cket2 sudeyyy...


ni pendapat aku:

SEPATUTNYA SYARIKAT YG DIPERTANGGUNGJAWABKAN MENJAGA UTILITI BAGI RAKYAT MALAYSIA (POS,AIR,LETRIK,JALAN RAYA,TEPON) TKYAH LA NAK AMIK UNTUNG SANGAT...AGAK2 LA CKET...KALAU NK UNTUNG BENIAGA LA BENDA LAIN...BUKA LA SYARIKAT KAPAL KE...UNTUNG TU MMG KENA ADA...TAPI KAW2 REMBAT UNTUNG TU...BERAGAK LA CKET...
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024