Bantuan - Carian - Ahli-ahli - Kalendar
Versi Penuh: LOMPAT TIKAM
CAKAP.Net > Cakap Khusus > Cakap Resepi & Masakan
missnariza
Yang Pasti Best rclxm9.gif Masa Bulan Puasa..



LOMPAT TIKAM

Bahan-bahan
Bahan bawah (warna hijau)
250g tepung beras
1000ml air
3 helai daun pandan dikisar dengan
500ml air
2 sdb air kapur

Bahan atas (warna putih)
250g tepung beras
1500 santan
garam secukup rasa

Cara Membuat

Bahagian bawah:
1) Campurkan tepung beras, air, air daun pandan dan air kapur dalam bekas adunan. Kacau hingga sebati dan tapis adunan tersebut.

2) Panaskan periok dengan api kecil, masukkan adunan tersebut dan kacau sehingga masak dan agak pekat.

3) Apabila sudah masak, masukkan kedalam loyang dan ratakan permukaannya. Sejukkan.

Bahagian atas:
4) Campurkan tepung beras, santan dan garam secukup rasa dalam bekas adunan yang lain. Kacau sebati dan tapis.

5) Masak diatas api yang kecil sehingga pekat. Tuang keatas lapisan bawah tadi. Sejukkan.

6) Hidang dengan sirap gula merah.

masa dok pekan, pahang mcm nie....resepinya
tapi kat sni ada lompat tikam yang pulut merah.....pulak...

ade tak sapa2 tau... 105.gif
ganazz
sampai ka ari ni masih tak tau per sal kuih ni diberi nama LOMPAT TIKAM
sHäm
Kuih ni memang best , tapi nama patut tukar kot bm.gif
mat.g™
lompat tikam ni tak silap aku origin drp kelantan kan.. bulan puasa selalu gak dihidang masa moreh..
ada sebarang bantahan? by.gif
missnariza
QUOTE (mat.g @ Nov 23 2008, 03:56 PM) *
lompat tikam ni tak silap aku origin drp kelantan kan..


aku sendiri pon tak tau dari mana asal lompat tikam ni. Cuma..
susah sangat nak cari hari2 biasa 102.gif
klu teringin kene buat sendiri
aina_sara
QUOTE (ganazz @ Nov 23 2008, 07:07 AM) *
sampai ka ari ni masih tak tau per sal kuih ni diberi nama LOMPAT TIKAM


nk buat kuih ni kena lompat2 dulu pastu tikam...lompat2, tikam.. sbb tu dipanggil lompat tikam. aikido.gif
sHäm
Iskhh .. lain aje bunyinya aina grin.gif
missnariza
QUOTE (aina_sara @ Nov 24 2008, 10:44 AM) *
nk buat kuih ni kena lompat2 dulu pastu tikam...lompat2, tikam.. sbb tu dipanggil lompat tikam. aikido.gif


pandai sungguh la hang aina.... blink.gif
biey_ila
kt kelate belambokkkkkk...... mmg sedap ah.... hface.gif
Ini ialah versi "lo-fi" kepada versi utama. Untuk paparkan versi penuh dengan lebih informasi, format dan imej, sila klik disini.
Cakap.Net © 2024