Tips Untuk Menjimatkan petrol Anda |
Tips Untuk Menjimatkan petrol Anda |
Sep 20 2008, 12:28 AM
Kiriman
#1
|
|
Bukan Eksekutif Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 48 Sertai: 20-September 08 No. Ahli: 65 |
Assalammualaikum,
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjimatkan petrol anda selain dari membeli device atau bahan adetif. 1) Yang paling penting sekali adalah servis kereta anda mengikut jadual. Saya pernah terlupa nak servis, kereta anda 'makan minyak' macam minum air, sekejap aje dah nak kena isi. 2) Pastikan tekanan tayar anda sesuai dengan bebanan, kalau lebih muatan, isi angin lebih sikit. 3) Keluarkan barang-barang yang tak perlu dari bonet kereta anda. 4)Memandu secara sistematik dan teratur. anda patut tahu bila untuk membrek, bila untuk membelok dan sebagainya. 5) Isi minyak di waktu malam atau awal pagi. 6) Beli minyak pada stesyen minyak yang ramai orang. Itu sahaja tip untuk menjimatkan petrol buat kali ini. Jika ada yang nak tambah tu, dipersilakan. -------------------- Blog Rasmi saya-klik sini[/size]
|
|
|
Apr 20 2009, 07:47 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
QUOTE KUANTAN - Jika bil air tinggi disebabkan air yang dipam bersama tekanan udara, demikian juga ketika mengisi minyak di stesen minyak. "Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit," demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin. Menurutnya, keadaan itu tidak disedari kebanyakan pengguna kerana mereka tidak peduli kuantiti sebenar minyak yang dipam. Wartawan Kosmo! yang ingin menguji dakwaan Noor Nirwandy itu telah mengisi minyak ke dalam dua botol di dua stesen minyak berasingan dan mendapati kuantitinya berbeza walaupun harga yang dibayar adalah sama. Noor Nirwandy berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam. "Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam. Menurut beliau, pihaknya juga kerap menerima aduan dan mengakui perkara tersebut memang berlaku namun hasilnya bergantung kepada cara pengguna mengisi minyak. "Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan. "Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya. SOURCE -------------------- |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 08:33 AM |