Sep 13 2008, 09:15 PM
Kiriman
#1
|
|
|
Bukan Eksekutif ![]() Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 56 Sertai: 10-September 08 No. Ahli: 23 |
Suhaimi tuntut harta isteri
SHAH ALAM 23 Julai - Bekas ahli geologi Petronas Carigali, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz yang membunuh isterinya, seorang eksekutif kanan di Petronas atas alasan kurang siuman, telah mengemukakan bantahan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi mengetepikan permohonan bekas ibu dan bapa mertua yang memohon hak mentadbir harta peninggalan isteri ke atas ketiga-tiga anaknya. Hakim Syarie Saarani Ismail menetapkan 10 September depan untuk mengetahui siapakah individu yang layak dan berhak mentadbir harta anak-anak Suhaimi sebelum pembahagian harta Faizah Arshad dibuat oleh Amanah Raya Berhad. Selaku plaintif, Amanah Raya Berhad yang diwakili peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar mengemukakan permohonan untuk menggugurkan nama Suhaimi yang tertera dalam sijil pembahagian harta yang berhak ke atas tiga bahagian daripada jumlah keseluruhan wang tunai RM319,445 peninggalan Faizah. Selain Suhaimi, dua anak lelaki Faizah berhak menerima dua bahagian masing-masing sementara anak perempuannya hanya satu bahagian, manakala ibu bapa Faizah setiap seorang berhak dua bahagian harta tersebut. Amanah Raya juga memohon membatalkan Sijil Pembahagian Harta (faraid) bertarikh 13 Oktober 2000 dengan mengeluarkan nama defendan sebagai penerima pusaka. Plaintif juga memohon supaya sijil baru dikeluarkan. Suhaimi, kini 48 tahun, sebelum ini diletakkan di bawah jagaan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta Perak atas perkenan Yang di-Pertuan Agong sehingga 4 Oktober 2007 dan kini menjalani hidup seperti biasa di bawah jagaan bapanya di Terengganu. Keputusan tersebut dibuat Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan pada 19 Januari 2005. Dia yang diwakili peguam syarie, Musa Awang dalam pernyataan pembelaannya tidak bersetuju sama sekali dengan perkara yang dinyatakan dalam perenggan 15 permohonan ibu bapa mertuanya. Iaitu dia tidak berkelayakan dan tiada hak untuk mewarisi harta peninggalan arwah isterinya. Suhaimi juga memohon keseluruhan perenggan 16 iaitu permohonan untuk membatalkan sijil pembahagian harta (faraid) bertarikh 13 Oktober dibatalkan. Suhaimi didakwa membunuh Faizah, 37, dengan cara menikamnya menggunakan sebilah pisau pada pukul 3 petang, 25 September 1999 di bilik air tingkat bawah rumah mereka di No. 40, Lorong Setiapuspa 1, Bukit Damansara di sini. Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta Perak, Dr. Rabaiah Mohd. Salleh yang merawat Suhaimi mengesahkan dia menghidap penyakit psikotik dikenali sebagai 'gangguan dilusi' (delusional disorder) yang termasuk dalam jenis 'cemburu'. Penyakit itu, menurut pakar, menyebabkan Suhaimi mendengar suara ghaib atau halusinasi sehingga mempercayai bahawa isterinya telah berlaku curang. -------------------- |
|
|
|
![]() |
Sep 25 2008, 08:37 AM
Kiriman
#2
|
|
![]() Eksekutif Junior ![]() ![]() Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 394 Sertai: 8-September 08 Daripada: Johor dan terengganu No. Ahli: 16 |
Sekarang ni kan, kaya susah, tak kaya pun sangat susah..jadi patutlah kita amalkan kesederhanaan yang dianjurkan dalam islam..cuba tengok kalau orang kaya yang tak berlagak kaya, pencuri pun konfius nak merompak diorang nih sebab tak nampak kekayaannya..lagi satu kalau kita tengok cina, terutamanya yang meniaga tak kiralah apek jual sayur ke, tengok je diorang pakai singlet pagodan dan seluar pendek, cuba tengok dompet dia..fuuhhh..tebal macam buku log sejarah aku dulu dah...geramm je aku tengok nak ada macam tu jugak..hehhe..tapi kene ingat, islam ajar bersederhana dalam semua hal.. kalau kaya pun makin banyak cukai wat ape..huhu..tu lah bila kita utamakan agama, insyallah semua selamat termasuk family kita
-------------------- |
|
|
|
ijamidayu Kes Suami Bunuh Isteri...Nk Tuntut Harta Plak Sep 13 2008, 09:15 PM
ijamidayu Mahkamah benar datuk tadbir harta tiga cucu
SHA... Sep 13 2008, 09:16 PM
wanmus Nauzubillah..tengoklah dunia sekarang ni..kalau na... Sep 13 2008, 10:44 PM
rajakamil dunia, oh dunia Sep 14 2008, 02:41 PM
abdfatah dunia sekarang macam2 citer boleh kita dapat denga... Sep 20 2008, 03:11 PM
budakbaik mungkin sebab dia terlalu sayangkan isteri dia? Sep 24 2008, 10:54 AM
taukey terlalu sayang kan isteri. yup. Dia membunuh denga... Sep 26 2008, 06:58 PM![]() ![]() |
| Versi Ringkas | Masa sekarang: 24th October 2025 - 05:45 PM |