Mar 5 2009, 09:49 AM
Kiriman
#1
|
|
![]() Pengurus Junior ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Kumpulan: Moderator Kiriman: 5,483 Sertai: 12-November 08 Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa) No. Ahli: 223 |
Filem melayu terbaru
![]() KUALA LUMPUR, 5 FEB 2008: Selepas Haru Biru yang berkisar mengenai gejala segelintir anak-anak muda yang rosak akhlak, Raja Azmi Raja Sulaiman berhasrat untuk menerbitkan pula filem yang mengangkat kisah mengenai seorang transeksual yang akhirnya jatuh cinta dengan seorang wanita yang dikenalinya secara tiba-tiba. Filem penuh daring yang menggunakan judul Botol Dalam Almari itu dijadualkan akan memulakan penggambarannya pada sekitar April ini dan difahamkan Shahdan Hashim (pengarah Haru Biru) sekali lagi akan bertindak sebagai sutradara. Malah, apa yang menarik, produser filem tempatan yang tidak serik-serik dihambat kontroversi ini sama sekali tidak berhasrat untuk menayangkan filem berkenaan di Malaysia kerana sedar ia akan menimbulkan kontroversi. Bagi mendapatkan pengesahan lebih lanjut, murai.com.my berusaha mendapatkan komen daripada Raja Azmi sendiri mengenai projek pembikinan filem itu. "Benar. Memang saya tidak berhasrat untuk tayangkan filem ini di Malaysia nanti. Sebab, ia mungkin akan mencetuskan kontrovesi apabila adanya satu babak yang menonjolkan keadaan fizikal lelaki itu tanpa seurat benang pun selepas dia menukar jantina asalnya kepada seorang 'wanita'. "Tidak mungkin pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan memberikan pelepasan untuk filem terbabit ditayangkan negara ini. Seandainya mereka berikan pelepasan pun, saya pasti babak itu nanti akan menjadi mangsa potongan LPF. "Mungkin saya boleh terima keadaan itu. Tapi tanpa babak tersebut, filem itu nanti akan nampak macam tidak cukup jiwa," katanya secara eksklusif kepada murai.com.my. Isteri kepada bekas pemain badminton negara, Jailani Sidek ini turut berkongsi cerita bagaimana dia memperolehi idea untuk menulis serta mencetuskan filem tersebut. "Sebenarnya ia adalah sebuah kisah benar yang terjadi di kalangan orang yang saya kenali. Seorang sahabat baik kepada kalangan ahli keluarga saya sendiri. Disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup beberapa rakan lelaki yang cenderung sangat untuk menjadi 'wanita', akhirnya dia mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan untuk menukar sifat fizikalnya itu. "Sebaik saja menjadi 'wanita', dia tiba-tiba mengenali seorang lelaki dan akhirnya menjalinkan hubungan. Namun, akhirnya dia dikecewakan lelaki itu. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang wanita, tiba-tiba jatuh hati dengan wanita itu. "Disebabkan terlalu mencintai wanita itu, dia cuba meluahkan isi hatinya dan berterus-terang mengenai siapa dirinya yang sebenar. Tapi wanita manakah yang mampu menerima hakikat itu? Akhirnya dia menyesali perbuatannya itu. Tapi hendak buat macam kerana sudah terlambat untuk dia berpatah semula ke pangkal jalan. "Moral daripada apa yang hendak saya ceritakan di dalam filem ini ialah fikir dahulu sebelum membuat sesuatu. Lebih-lebih lagi isu yang berkaitan dengan pertukaran jantina ini kerana kita tidak akan tahu bila masanya hormon dan naluri lelaki akan kembali semula hingga membuatkan kita benar-benar jatuh cinta dengan seorang wanita," katanya. Menurut Raja Azmi lagi, dia bersyukur kerana mendapat izin dan kebenaran daripada empunya diri untuk mengadaptasikan kisah benarnya itu ke layar perak. "Apa yang membuat dia ingin memfilemkan kisah benarnya itu ialah kerana tidak mahu orang lain menerima kesan dan padah yang sama seperti apa yang dilaluinya. Malah, dia juga tidak mahu gejala menukar jantina yang dilakukan secara ikut-ikutan ini menjadi semakin berleluasa kerana suka tidak suka kita harus terima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubah ciptaan Allah," katanya. Skrip Botol Dalam Almari yang ditulis sendiri Raja Azmi ini turut dipersembahkan di dalam Bengkel Master Class yang dihadirinya sepanjang akhir tahun lalu di Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), di Hulu Klang. Apabila ia mendapat maklum balas yang cukup positif daripada tenaga pengajar yang menyifatkan ia sebagai sebuah skrip yang boleh dianggap sebagai award winning di festival luar, negara Raja Azmi terus bercadang untuk memindahkan ia ke layar perak. Raja Azmi kini dalam usaha untuk mencari barisan pelakon yang sesuai untuk membintangi filem terbaru terbitannya itu. Namun, antara nama yang menjadi sebutan ialah aktor Rusdi Ramli. Ditanya mengapa dia memilih Botol Dalam Almari (judul asal dalam bahasa Inggeris iaitu Bottle In A Closet) sebagai judul filem ini, Raja Azmi berkata, ia adalah simbolik kepada penceritaan filem itu. "Apa yang ada di dalam botol itu ialah alat kelamin yang menjadi milik lelaki yang sudah menukar jantinanya itu," kata Raja Azmi. ***murai.com.my*** -------------------- ![]() |
|
|
|
![]() |
Mar 5 2009, 10:26 AM
Kiriman
#2
|
|
![]() Eksekutif Senior ![]() ![]() ![]() ![]() Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
Tajuk cite ni Anu Dalam Botol ke Botol Dalam Almari?
P/S : Walaupun filem ni x ditayangkan di Malaysia, orang Malaysia still bole tengok...& kontroversi tetap kontroversi -------------------- ![]() |
|
|
|
Mar 5 2009, 11:04 AM
Kiriman
#3
|
|
![]() Timbalan Pengurus ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
Tajuk cite ni Anu Dalam Botol ke Botol Dalam Almari? P/S : Walaupun filem ni x ditayangkan di Malaysia, orang Malaysia still bole tengok...& kontroversi tetap kontroversi tak kesah la B@zSh..janji botol...nak tayang kat mane?? tak ditayangkan di malaysia...mungkin beliau nak cuba market luar.. kenapa la cite cam gitu..pelik nau bunyi nya... tapi..download ttp download.. |
|
|
|
ganazz ANU..... LAM BToL Mar 5 2009, 09:49 AM
eskep Pada aku, aku ak berapa suka cite2 camni. Kadang2,... Mar 5 2009, 09:54 AM
ganazz filem ni kalo tayang kat LoNdon gerenti meletup... Mar 5 2009, 11:36 AM
qifa_87 QUOTE (ganazz @ Mar 5 2009, 11:36 AM) fil... Mar 5 2009, 11:44 AM
aina_sara betul jugak ek..? sapekah pelakon lelaki yg sanggu... Mar 5 2009, 12:59 PM
qifa_87 QUOTE (aina_sara @ Mar 5 2009, 12:59 PM) ... Mar 5 2009, 01:34 PM
mat.g adakah anda boleh nampak jelas objek didlm botol y... Mar 5 2009, 01:48 PM
qifa_87 QUOTE (mat.g @ Mar 5 2009, 01:48 PM) adak... Mar 5 2009, 02:21 PM
ganazz agaknya antara jantan dikatakan utk filem ni, Jeh... Mar 5 2009, 02:47 PM
ganazz ini dia.... anu... tu.....
aper da tokey ileng ... Mar 5 2009, 02:52 PM
Padaiyappa cerita yang bertentang dengan akidah ..... Mar 5 2009, 02:50 PM
aina_sara ehh..? sape tu aa? adiputra ke tu? mak aiii jelit... Mar 5 2009, 03:27 PM
aina_sara tp slalu dlm filem, pempuan je yg slalu dieksploit... Mar 5 2009, 03:29 PM
B@zSh Haha....nampak lawa lak si Adiputra ni
Mmg akan ko... Mar 5 2009, 06:58 PM
B@zSh QUOTE KUALA LUMPUR – Walaupun dikritik kerana mema... Mar 17 2009, 09:17 AM
aina_sara “Saya rasa tidak salah untuk kita menyampaikan dak... Mar 17 2009, 09:57 AM
mat.g tp cerita ni mmg menyampaikan mesej kpd masyarakat... Mar 17 2009, 10:22 AM
B@zSh Aku ada gambar procedure pertukaran jantina
Step b... Mar 17 2009, 10:37 AM
cisqo87 QUOTE (B@zSh @ Mar 17 2009, 10:37 AM) Aku... Mar 17 2009, 10:06 PM
ganazz QUOTE (cisqo87 @ Mar 17 2009, 10:06 PM) h... Mar 17 2009, 10:19 PM
B@zSh Okes...xper
Kalo mcm tu aku x share Mar 17 2009, 11:00 PM
aina_sara aaa ni nak citer skit, pernah berlaku satu kes di ... Mar 18 2009, 10:44 AM
cisqo87 QUOTE (aina_sara @ Mar 18 2009, 10:44 AM)... Mar 18 2009, 11:03 AM
B@zSh Pak imam x perasan coz muka dah macam pompuan
Laki... Mar 18 2009, 11:09 AM
aina_sara QUOTE (B@zSh @ Mar 18 2009, 11:09 AM) Pak... Mar 18 2009, 11:12 AM
aina_sara itu la psal... tp mmg somi dia kata mati2 dia inga... Mar 18 2009, 11:10 AM
B@zSh QUOTE suara? tp kan setengah pempuan suara cam jan... Mar 18 2009, 11:33 AM
aina_sara QUOTE (B@zSh @ Mar 18 2009, 11:33 AM) Yup... Mar 18 2009, 11:59 AM
cisqo87 QUOTE (aina_sara @ Mar 18 2009, 11:59 AM)... Mar 18 2009, 12:22 PM
B@zSh QUOTE sore i ala2 siti nurhaliza u.. Mar 18 2009, 12:10 PM![]() ![]() |
| Versi Ringkas | Masa sekarang: 31st October 2025 - 01:23 AM |