IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Fadhilat Perkahwinan Dari Sudut Kesihatan
missnariza
kiriman Nov 21 2008, 12:00 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 184
Sertai: 18-November 08
Daripada: klang
No. Ahli: 264



SELAMA ini kita mungkin tertanya-tanya mengapa sebahagian besar lelaki mahupun wanita biasanya mengalami pertambahan berat selepas mereka berkahwin.

Jika wanita `sukar' mengekalkan bentuk tubuh yang menggiurkan sebelum berkahwin, lelaki pula sering kali berdepan dengan masalah perut boroi.

Perubahan ini sememangnya mencacatkan penampilan masing-masing. Sebetulnya, masalah pertambahan berat badan satu-satunya `ancaman' kesihatan yang sukar dielakkan terhadap rata-rata pasangan suami isteri.

Tetapi, dari satu sudut yang lain mereka yang berkahwin sebetulnya mendapat manfaat yang cukup besar pada kesihatan mereka.

Ada dua teori yang mungkin boleh anda fikirkan mengapa masalah ini berlaku. Teori ini diilhamkan oleh seorang ahli statistik Charlotte Schoenborn dalam satu temu ramah.

Pertama, berdasarkan teori beliau, perkahwinan secara tidak langsung berkemungkinan memberi perlindungan terhadap kesihatan.

Sebagai contoh, pasangan yang berkahwin mempunyai kelebihan dari aspek perkongsian sumber ekonomi, sokongan sosial dan psikologi.

Selain itu, mereka juga mendapat dorongan dan galakan antara satu sama lain untuk meneruskan amalan gaya hidup yang sihat.

Kedua, mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang baik atau sihat akan berkahwin, dan kekal dalam perkahwinan tersebut.

Sebaliknya mereka yang `kurang sihat' tidak berkahwin atau lebih cenderung berpisah, bercerai, menduda atau menjanda.

Secara keseluruhan, kaitan antara status perkahwinan dan status kesihatan wujud tanpa mengira status sosioekonomi, etnik, tahap pendidikan dan kemiskinan di mana saja mereka dilahirkan.

Beliau melontarkan teori tersebut, berdasarkan laporan kajian Pusat Kebangsaan untuk Statistik Kesihatan baru-baru ini.

Teori Schoenborn itu diperoleh berdasarkan kajian terhadap lebih 125,000 orang.

Dalam kajian tersebut, mereka yang berkahwin khususnya lebih cenderung untuk bertambah berat badan.

Pusat itu juga mendedahkan kaitan beberapa perkahwinan, tahap umur dan status kesihatan mereka.

Di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun dan ke atas, 12 peratus tahap kesihatan mereka dalam lingkungan baik atau teruk.

Tahap kesihatan golongan duda dan janda dikategorikan paling teruk. Secara umum, orang dewasa yang berkahwin paling sedikit mengalami masalah kesihatan.

Selain itu, mereka paling kurang terbabit dalam tingkah laku yang berisiko kecuali pertambahan berat badan.

Kajian yang mengambil masa selama tiga tahun itu dikendalikan sebahagiannya oleh persekutuan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Di samping tahap kesihatan yang jauh lebih baik, kajian itu juga mendapati mereka yang berkahwin kurang mengalami beberapa masalah kesihatan.

Antaranya, kurang mengalami sakit belakang bahagian bawah, kurang sakit kepala dan tekanan psikologi kecuali masalah berat badan.

Berita baiknya, mereka juga kurang minum minuman keras, merokok dan aktif secara fizikal berbanding orang lain.

Apa yang membimbangkan, buat masa ini, lebih daripada separuh orang dewasa tergolong dalam kumpulan yang obes.

Kira-kira 70 peratus para suami termasuk dalam kategori obes berbanding 65 peratus lelaki yang lain. Begitu juga dengan wanita. Rata-rata wanita yang berkahwin tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.

Mereka yang menjanda mencatatkan peratus obes yang agak tinggi.

Hubung kait antara perkahwinan dan kesihatan ini buat julung kalinya dilaporkan pada tiga dekad lalu. `Hubungan yang istimewa' ini masih wujud hingga ke hari ini sekalipun banyak berubah.

Bagaimanapun, hari ini, semakin ramai yang berkahwin lewat dan memilih bersekedudukan dengan pasangan.

Berbeza dengan mereka yang berkahwin, golongan yang tinggal serumah tanpa ikatan pernikahan memberi implikasi negatif pada kesihatan.

Menurut kajian, golongan ini dilaporkan lebih cenderung menghisap rokok, minum minuman keras dan berpisah.

Sementara itu, dalam satu kajian yang berasingan oleh The Harvard School of Public Health, mendedahkan lelaki yang berkahwin semula juga boleh mengalami pertambahan berat badan.

Kesimpulan yang diperoleh daripada kajian tersebut pertambahan berat badan ini kerana perkahwinan itu sendiri merobah tingkah laku makan mereka semasa mereka menjadi `orang bujang'.

Kajian ini juga menyimpulkan banyak kesan positif pada kesihatan seorang lelaki. Mereka juga dilaporkan kurang minum minuman keras, makan lebih banyak sayuran, daging yang kurang lemak, kurang minuman manis berbanding dengan mereka yang bercerai.

Perubahan ini amat ketara pada tabiat pemakanan mereka terutama kepada lelaki muda yang berkahwin semula selepas kehilangan pasangan.

Sekalipun ada perubahan positif dalam tabiat pemakanan, lelaki yang berkahwin semula kurang melakukan senaman. Ini mengakibatkan mereka mengalami pertambahan berat badan.

Kemungkinan lebih banyak masa diperlukan untuk pasangan baru menyebabkan mereka kekurangan masa untuk melakukan senaman secara rutin.

Kajian yang disiarkan dalam Journal of Epidemilogy and Community Health itu, mendapati rata-rata lelaki yang berpisah dengan pasangan mereka mengalami penurunan berat badan, merokok dan lebih banyak minum minuman keras.

Profesor Ben Fletcher, dari Persatuan Psikologikal Britain berkongsi pandangan beliau tentang lelaki yang berkahwin semula.

Menurut beliau, golongan ini biasanya lebih sedentari, mendapat lebih banyak sokongan sosial - kuasa yang paling besar pada kesihatan dan diri seseorang.

Ketua Jabatan Psikologi University of Hertfordshire bersetuju dengan pandangan beliau berdasarkan kajian lain.

Lelaki katanya, tidak dapat mengendalikan diri apabila mereka kehilangan pasangan. "Mereka tidak seperti wanita yang lebih tabah, kita dapat lihat peningkatan kes kematian di kalangan lelaki dalam tempoh enam bulan selepas kematian pasangan mereka," katanya.

Sementara itu, seorang pakar psikologi dari La Trobe University, Melbourne, Australia, Dr. David de Vaus mengakui perkahwinan memberi kebahagiaan kepada kedua-dua pasangan, lelaki dan juga wanita.

Beliau menyangkal teori sebelum ini yang mengatakan hanya lelaki yang mendapat lebih banyak kebaikan jika mereka menyimpul ikatan perkahwinan.

Berdasarkan tinjuan kesihatan mental di Australia ke atas lebih 10,641 orang dewasa mendapati tekanan yang dialami lelaki dan wanita yang berkahwin adalah sama.

Dalam satu kajian yang lain, saintis mendapati, lelaki dan wanita yang berkahwin mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang bujang.

Faktor ini sebahagiannya disumbangkan oleh sokongan sosial daripada suami atau isteri.

Malah saintis percaya, kehidupan mereka yang bujang jauh lebih teruk - kerana tiada siapa yang mengambil berat berhubung kesihatan atau penjagaan diri mereka.

Seorang pakar psikologi, Dr. Janet Empson mempunyai pandangan yang sama bahawa lelaki bujang berisiko mati lebih awal kerana mereka sukar mengendalikan emosi sendiri.

Sehubungan itu, pakar-pakar psikologi bersetuju menyimpulkan perkahwinan memberi manfaat jangka panjang pada kesihatan lelaki dalam bentuk sokongan emosi.

-Artikel ini dipetik daripada satu sumber akhbar tempatan.-
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini
- missnariza   Fadhilat Perkahwinan Dari Sudut Kesihatan   Nov 21 2008, 12:00 PM
- - bakteria   owh..maksudnya dari artikel ni aku leh wt satu kes...   Nov 21 2008, 03:04 PM
|- - mat.g   QUOTE (bakteria @ Nov 21 2008, 03:04 PM) ...   Nov 21 2008, 03:11 PM
||- - munger   QUOTE (mat.g @ Nov 21 2008, 03:11 PM) pol...   Nov 21 2008, 03:33 PM
|- - aina_sara   QUOTE (bakteria @ Nov 21 2008, 04:04 PM) ...   Nov 22 2008, 03:47 PM
- - missnariza   mmm...klu dah lelaki namanye....   Nov 21 2008, 03:39 PM
|- - munger   QUOTE (missnariza @ Nov 21 2008, 03:39 PM...   Nov 21 2008, 03:42 PM
- - missnariza   lelaki klu jadi suami tu biarla berilmu, beragama,...   Nov 21 2008, 06:23 PM
- - bakteria   betul kata2 missnazira tu...tapi kalau laki je yg ...   Nov 22 2008, 12:13 AM
- - missnariza   maaf la ya.. Bagi saya...pekara yang harus di amb...   Nov 22 2008, 03:27 PM
- - bakteria   *missnazira - ok aku stuju cmtu...cuma aku berhara...   Nov 22 2008, 06:01 PM
|- - aina_sara   QUOTE (bakteria @ Nov 22 2008, 07:01 PM) ...   Nov 22 2008, 09:50 PM
||- - ganazz   QUOTE (aina_sara @ Nov 22 2008, 09:50 PM)...   Nov 22 2008, 10:01 PM
|- - missnariza   QUOTE (bakteria @ Nov 22 2008, 06:01 PM) ...   Nov 23 2008, 01:21 AM
- - bakteria   Tidak benar ajaran Islam menyuruh melakukan tindak...   Nov 23 2008, 02:37 AM
- - aina_sara   ada kes lak camni : Penah suami dtg mengadu ...   Nov 23 2008, 01:55 PM
- - bakteria   QUOTE camana kita nak anggap/adakah satu ukuran sa...   Nov 23 2008, 02:29 PM
|- - ganazz   Suami kena membaiki perangai diri sendiri supaya b...   Nov 23 2008, 08:48 PM
|- - aina_sara   QUOTE (bakteria @ Nov 23 2008, 02:29 PM) ...   Nov 24 2008, 10:01 AM
- - WaKenaBeb   tp zaman skrg bukan lempang aje.. sepak terajang p...   Nov 23 2008, 09:48 PM
- - missnariza   Jadilah lelaki idaman. ingat prinsipnya, "Lel...   Nov 23 2008, 11:13 PM
- - munger   caner nk jadi lelaki idaman..klu pompuan idaman la...   Nov 23 2008, 11:44 PM
- - bakteria   mmm cmni la...sblm kawin tu...masing2 tnya la pada...   Nov 24 2008, 07:40 AM
|- - aina_sara   Ali bertanya pada Minah(awek ali ni), "Minah,...   Nov 24 2008, 10:16 AM
- - missnariza   mmm aku setuju... kau dah besa try ka bakteria   Nov 24 2008, 09:37 AM
- - bakteria   QUOTE mmm aku setuju... nod.gif kau dah besa try k...   Nov 24 2008, 04:42 PM


Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 22nd June 2024 - 09:58 AM