Kerajaan sedia keluar permit import jika harga ayam terus naik, bHarian |
Kerajaan sedia keluar permit import jika harga ayam terus naik, bHarian |
Aug 15 2010, 04:53 PM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
JITRA: Kerajaan sedia mengeluarkan permit kepada pengimport ayam bagi menstabilkan harganya jika harga komoditi itu terus meningkat menjelang sambutan Aidilfitri, tidak lama lagi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd Johari Baharom, berkata bagaimanapun bekalan ayam, telur dan daging untuk keperluan sepanjang Ramadan dan musim perayaan dijamin mencukupi. Katanya ayam yang dijual sekitar RM7 satu kilogram (kg) di kebanyakan pasar dan pasar raya di seluruh negara sejak umat Islam mula puasa dianggap munasabah kerana ditentukan oleh pasaran walaupun harga di ladang RM4.70 satu kg. "RM7 masih rendah berbanding di negara-negara jiran. Kos pengangkutan, makanan dan permintaan naik mungkin menyebabkan harganya meningkat," katanya ketika diminta mengulas isu harga ayam. Sebelum itu, beliau bersahur bersama satu keluarga miskin di Kampung Teluk Malek, dekat sini awal hari ini. Sehari sebelum puasa bermula harga ayam dilaporkan naik antara 30 sen sehingga 50 sen satu kg dan ia menimbulkan kegelisahan di kalangan orang ramai apabila ia meningkat 100 peratus hari ini. Pada tahun lalu, kementerian membuka permit import kepada syarikat-syarikat namun tiada yang memohon berikutan harga ayam di negara ini masih rendah, katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata Persatuan Penternak Ayam di seluruh negara memberi perakuan akan membekalkan ayam secukupnya sehingga Aidilfitri. "Ladang-ladang ternakan yang terdapat di seluruh negara mampu membekalkan 1.4 juta hingga 1.5 juta ekor sehari melebihi permintaan sebanyak 1.3 hingga 1.4 juta ekor sehari pada masa ini," katanya. - BERNAMA |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 3rd May 2024 - 04:55 AM |