IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Khasiat Peluk Bini
ganazz
kiriman Apr 28 2009, 07:42 AM
Kiriman #1


Pengurus Junior
******

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 5,226
Sertai: 12-November 08
Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa)
No. Ahli: 223



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang sedikit masa dahulu.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
makjah
kiriman Dec 18 2013, 02:56 PM
Kiriman #2


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 6
Sertai: 18-December 13
No. Ahli: 2,487



ye ke? ok mlm ni kan suami ku mesti peluk 30 second dlu..kalo x mad.gif gedik.gif
haha2 gurau je..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Dec 19 2013, 12:08 PM
Kiriman #3


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



QUOTE (makjah @ Dec 18 2013, 02:56 PM) *
ye ke? ok mlm ni kan suami ku mesti peluk 30 second dlu..kalo x mad.gif gedik.gif
haha2 gurau je..


30 sec sama dgn 15 thn tu tambah umo.. 5 x 3 biggrin.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 27th April 2024 - 04:39 PM