Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Kesihatan & Petua _ Semua petua yang anda mahu

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:27 PM

DISINI ADA BEBERAPA JENIS KOLEKSI PETUA YG MUNGKIN BOLEH DIAMBIK SEBAGAI PANDUAN..
LIST ~PETUA~ AKAN DITAMBAH DARI MASA KE SEMASA, KALAU ADA MASA.


Menghilangkan Lebam Mata


Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.



Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:28 PM


Tegangkan Payudara



Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:31 PM


Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin



Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:32 PM

Untuk Rambut Gugur

- Rendamkan kacang hijau semalaman.

- Tapis dan gunakan airnya bagi disapu
atas kulit kepala sambil dipicit
perlahan2.

- Amalkan selalu hingga rambut baru
kelihatan tumbuh.

- Di samping itu, elakkan mengikat rambut
dgn getah.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:33 PM

Menghilangkan Kelemumur

- Perahkan air limau purut/ nipis di atas
kulit kepala

- Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa
jam

- Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda
diperapkan dgn tuala.

- Basuh dgn air suam.

- Selain itu, petua ini juga berguna utk
mengurangkan pening kepala.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:33 PM

Meluruskan rambut Kerinting

- Perah sebiji kelapa dan ambil patinya
sahaja

- Campurkan dgn air limau nipis

- Simpan santan pekat ini di dalam peti
ais sehingga atasnya menyerupai krim.

- Gunakan krim ini utk disapukan pada
kulit kepala dan rambut keseluruhannya.

- Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam
barulah dibilas dgn bersih.

- Lakukan 3 kali seminggu

- Anda akan dapati rambut kerinting akan
lurus sedikit demi sedikit.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:36 PM

Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum http://ms.wikipedia.org/wiki/Air campuran pucuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Pegaga dan http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lobak_Merah&action=edit&redlink=1 yg telah dihancurkan

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:37 PM

Mengatasi Senggugut


Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.

  1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman orang yang mengalaminya.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:40 PM

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:40 PM

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:41 PM


Menyegarkan Mata dan Merawat Panau( v2 )



Ambil http://ms.wikipedia.org/wiki/Timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:42 PM

Mengurangkan Air Pada Faraj ( Untuk wanita )



Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:43 PM


Sihat Tubuh Badan ( Amalkan selalu )



Setelah http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:44 PM


Melangsingkan Tubuh ( Lelaki atau perempuan semua boleh ni ) ehe



Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air http://ms.wikipedia.org/wiki/Limau_Nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:44 PM

Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:45 PM

Menghilangkan Bau Ketiak ohmy.gif




Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:46 PM

Menghilang Sakit Kepala


Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.

ATAU


Ambil sebiji http://ms.wikipedia.org/wiki/Bawang_putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:47 PM


Menghilang Ketumbit Mata blink.gif


Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:48 PM

Menurunkan Berat Badan unsure.gif




  1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
  2. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:48 PM


Mengatasi Tumit Pecah wink.gif


Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:51 PM


Awet Muda


  1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
  2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:53 PM


Memerahkan Bibir


Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:54 PM


Memutih dan Mengilatkan Gigi


Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:56 PM

PETUA ATASI BATUK



1. Batuk dikalangan kanak2 sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu. InsyaAllah, ia akan pulih.

2. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil 8 helai daun pudina dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mestilah menggunakan 8 helai daun pudina.

3. Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak2 ambil gula melaka, pecahkan kecil2 dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula2. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

4. Bagi anda yg sering batuk2, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya ia diminum setiap malam sebelum tidur. InsyaAllah, mujarab.

Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 12:58 PM

PETUA HILANGKAN TAHIT LALAT



kapur sirih + sabun powder ( sebarangan jenama ) dalam kuantiti yang sama banyak. campur sebati..kalau nampak cam biji2 tue..tekan2 laa jadi halus. jgn lupa sedikit air..dalam setitik dua ( jgn terlampau pekat )..pastue campuran tue boleh bubuh kat tempat yang nak buat tue..Sapu 3-4 kali sampai taik lalat tue jadi kering ( mati la tuee ) dan nampak cam nak tertanggal TAPI jangan tanggal..biar ia tertanggal sendiri. Bila dah tanggal, sapu la eloevera..insyallah.. luka cepat sembuh. Time sapu tuee jgn bagi kene kulit takut nanti berkudiss plakk...


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 01:10 PM

Rambut Lebat





-Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.
-Selawat 3 kali
-Tangan yg masih basah itu segera dilap
atas rambut


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 01:11 PM

PETUA HILANGKAN TAHIT LALAT


kapur sirih + sabun powder ( sebarangan jenama ) dalam kuantiti yang sama banyak. campur sebati..kalau nampak cam biji2 tue..tekan2 laa jadi halus. jgn lupa sedikit air..dalam setitik dua ( jgn terlampau pekat )..pastue campuran tue boleh bubuh kat tempat yang nak buat tue..Sapu 3-4 kali sampai taik lalat tue jadi kering ( mati la tuee ) dan nampak cam nak tertanggal TAPI jangan tanggal..biar ia tertanggal sendiri. Bila dah tanggal, sapu la eloevera..insyallah.. luka cepat sembuh. Time sapu tuee jgn bagi kene kulit takut nanti berkudiss plakk...


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 01:12 PM


Menghilangkan Bau Mulut


Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas baw
ang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 01:13 PM


Mengelak Santau


Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelu
m menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.


Posted by: webzomAttack Sep 25 2008, 01:14 PM


Meminimakan Gangguan Semasa Tidur


Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.


Posted by: webzomAttack Sep 26 2008, 11:54 AM

http://petua-anda.blogspot.com/2008/04/melicinkan-betis.html

http://bp3.blogger.com/_60v7Gr204KQ/R_-paqygAtI/AAAAAAAABJw/b0x9y1mJ_OE/s1600-h/sexyleg.jpg
Anda ingin memiliki betis yang licin dan halus? Sudah tentu mahu bukan ?.

Senang sahaja caranya ambil limau nipis dan dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering anda akan berasa pedih sedikit, tungguh hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam.

Cubalah beberapa kali dalam sebulan.


Posted by: webzomAttack Sep 26 2008, 11:58 AM

http://petua-anda.blogspot.com/2008/02/menurunkan-darah-tinggi.html



http://bp2.blogger.com/_60v7Gr204KQ/R7FDW7awB1I/AAAAAAAABAQ/qAQBS55nj-s/s1600-h/darahtinggi2.JPG
Anda ada penyakit DarahTinggi ?? Dibawah ada beberapa petua yang boleh dan senang diamalkan diantaranya: -

1. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau

2. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau

3. Makanlah biji buah Peria atau

4. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau

5. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau

6. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau

7. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah
gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau

8. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau

9. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang



Posted by: webzomAttack Sep 26 2008, 12:00 PM

http://petua-anda.blogspot.com/2008/02/menghilangkan-bau-badan.html


http://bp1.blogger.com/_60v7Gr204KQ/R6a1J8Mq1FI/AAAAAAAAA_E/8bbx7m504NE/s1600-h/800px-Pandan_%28screwpine%29_leaves.JPG
Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata.

Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan ke seluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. Insya-Allah bau badan akan hilang.

Untuk menghilangkan bau dipakaian pula, memadai dengan merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan tadi. Cara merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air sabun biasa, Insya-Allah bau di pakaian juga akan hilang. Selain menghilangkan bau, cara ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian kita.

Posted by: webzomAttack Sep 26 2008, 12:01 PM

http://petua-anda.blogspot.com/2008/01/menghilangkan-parut.html

http://bp0.blogger.com/_60v7Gr204KQ/R5zPBMMq0xI/AAAAAAAAA8Y/cfuapabNFPM/s1600-h/h9991258.jpg
Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.

Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman

Posted by: webzomAttack Sep 26 2008, 12:03 PM

http://petua-anda.blogspot.com/2008/05/bunuh-kutu-rambut-dengan-bawang-putih.html


http://bp3.blogger.com/_60v7Gr204KQ/SCNZGtPodBI/AAAAAAAABNc/S-9kEkuQiig/s1600-h/kutu.jpg
Masalah kutu rambut memang masalah biasa bagi anak-anak kecil bahkan juga kepada orang dewasa.

Kutu rambut sukar dikawal sebab ia mudah menjangkit dan rawatan yang biasa ialah dengan menggunakan sikat buluh dan menggunakan racun kutu. Disini saya sertakan kaedah yang mudah dan tidak membahayakan. Cubalah

Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu

Insallah kutu akan mati

Posted by: webzomAttack Sep 26 2008, 12:07 PM

http://petua-anda.blogspot.com/2008/02/memutihkan-ketiak-yang-hitam.html


http://bp3.blogger.com/_60v7Gr204KQ/R6axecMq1EI/AAAAAAAAA-8/oSYwl5BBcBw/s1600-h/pic2.gif
Bagi mereka yang ingin memakai baju tanpa lengan tetapi berasa malu kerana masalah ketiak hitam jangan bimbang lagi. Ada cara mudah dan murah yang boleh dilakukan untuk menghilangkan kesan hitam di bawah ketiak.

Caranya, ambil kapur sirih dan perahan limau nipis. Campurkan kedua-dua bahan ini dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam itu setelah selesai mandi .

Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah masalah ketiak hitam anda akan hilang dalam tempoh tiga minggu. Sementara itu, bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil Insya-Allah.

Posted by: webzomAttack Sep 26 2008, 12:11 PM

http://petua-anda.blogspot.com/2008/08/mengubati-luka.html


http://3.bp.blogspot.com/_60v7Gr204KQ/SLBOxgqCN_I/AAAAAAAABh4/qZtWFlohFYI/s1600-h/luka.JPG
Ada beberapa petua yang boleh digunakan untuk mengubati luka. Diantaranya..





Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tampalkan pada luka tersebut. Insallah darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.

Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.

Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.

Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.

Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit
minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.

Posted by: taukey Sep 26 2008, 06:23 PM

fuyoooooo ni nak amalkan semua ni mau jadi tak ingat ni. hehehe. tapi dah cuba semua tu ke? mujarab ke tak ? hahaha. mesti la nak lihat testimonial jugak. takut nanti terkena lak. jadi sia sia plak. tapi ada satu dua jer yang aku ikut kat situ. nak kata mujarab tu boleh la kan kan kan/ ni petua orang lama lama ni

Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:23 AM

Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:24 AM

Hampas Teh Suburkan Tanaman:

Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.



Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:25 AM

Mengatasi Sengal Tulang:

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:26 AM

Merawat Kulit Berkedut:

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan se berkesan.biji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:27 AM

Daun Puding Atasi Gatal Di Kepala:

Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.



Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:29 AM

Legakan Sakit Gigi:

Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.





Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:29 AM

Kunyit Atasi Hidung Bayi Tersumbat:


Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan
airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.



Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:31 AM

Mengurangkan Dengkur:

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:31 AM

Cara Menghilangkan Ketuat:

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri




Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:32 AM

Limau Nipis Mewangikan Rambut:

Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:33 AM

Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur:

Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan
menggunakan tuala tadi.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:34 AM

Ubati Bibir Yang Pecah:

Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian diminum beberapa kali


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:36 AM

Menghilangkan Kembong Perut.

Ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian
layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas
ditekapkan kepada perut.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:37 AM

Ubat Sakit Angin:

Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah.
badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir.



Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:38 AM

Melembutkan Tapak Kaki:

Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang - kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:39 AM

Mengatasi Mabuk Perjalanan Jauh:

Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.



Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:39 AM

Menghapuskan Urat Timbul Dikaki Sewaktu Mengandung:

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.



Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:40 AM

Mencantikan Telur Rebus:

Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah kedalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:42 AM

Menghalau Semut:

Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:42 AM

Mengelakkan Lipas:

Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:43 AM

Mengelakkan Sawang Atau Sarang Laba-Laba:

Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan
penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.



Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:45 AM

Merawat Sakit Lecur:

Titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.



Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:46 AM

Mencantikan Kulit Janin:

Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir
nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:48 AM

Mencabut Kutu Babi:

Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. selepas itu ianya akan menjadi senang untuk dicabut.



Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:50 AM

Lemah Otot:

Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.



Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:50 AM

Demam Selsema:

Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:51 AM

Serangan Cacing:

Amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:52 AM

GIGI PUTIH


Wajah yang cantik akan lebih kelihatan lebih menarik dengan secebis senyuman. Namun yang lebih manis lagi jika senyuman itu turut di iringi dengan gigi yang putih dan sihat. Sebelum kita mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi... gosoklah gigi dengan menggunakan SERBUK PENAIK atau lebih di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu.Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa. Amalkan petua ini seminggu dua ke tiga kali.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:53 AM

HALUSKAN SIKU & LUTUT

( kalau nak lebih berkesan gunalah kertas pasir disagat setiap malam sebelum tidur..ekekek )

Dalam aktiviti seharian, mungkin tanpa kamu sedari bahagian siku dan lutut menjadi tumpuan utama dalam pergerakan tubuh. Siku yang terawat dan lutut yang indah dapat menjadi daya penarik yang tersendiri, terutamanya jika kamu penggemar skirt pendek atau seluar pendek. Oleh itu, berikan sedikit perhatian pada dua bahagian ini.

Mulailah merawatnya secara teratur!Tidak perlu dengan kosmetikyang mahal, melainkan cukup dengan menggunakan buah NENAS. Caranya mudah, parut buah nanas segar yang telah dicucibersih terlebih dahulu, lalu sapukanpada siku dan lututkamu. Gosokkan perlahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nanas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.

Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara teratur dan nikmati hasilnya!!


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:53 AM

KILATKAN CERMIN MATA


Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:54 AM

ELAKKAN KELEMUMUR


Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:56 AM

MENCUCI BARANGAN PERAK


Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan
barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:57 AM

SEGARKAN TAUGEH


Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan
perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi
pastikan anda menukar airnya setiap hari.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 12:58 AM

LIMAU NIPIS CANTIKKAN BADAN


Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 01:00 AM

MENGHILANGKAN KESAN BAU PAPAN PEMOTONG

Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang


Posted by: webzomAttack Sep 30 2008, 01:01 AM

HAPUSKAN KESAN KARAT PADA PAKAIAN


Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis dan larutkan bersama air rendaman pakaian dan biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah seperti biasa.


Posted by: webzomAttack Oct 8 2008, 12:52 PM

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan

Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.





Posted by: webzomAttack Oct 8 2008, 12:53 PM

Resdung

Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.


Posted by: webzomAttack Oct 8 2008, 12:54 PM

Telingga bernanah

Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu

Posted by: webzomAttack Oct 8 2008, 12:55 PM

Rambut Ubat Kaki Pecah

Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

Posted by: webzomAttack Oct 8 2008, 12:56 PM

Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:22 PM

Terlalu lama berdiri -

merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:23 PM

Terlalu lama duduk -

merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:23 PM

Terlalu lama berjalan -

merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:24 PM

Terlalu lama melihat -

merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:24 PM

Terlalu banyak tidur -

merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:25 PM

Terlalu riang/gembira -

merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:25 PM

Terlalu kerap marah -

merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:27 PM

Terlalu banyak berfikir -

merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:28 PM

Terlalu banyak bersedih -

merosakkan jantung.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:28 PM

Terlalu merana -

merosakkan paru-paru.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:29 PM

Terlalu takut -

merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:30 PM

Terlalu kerap terkejut -

merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:30 PM

Terlalu banyak makan -

merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan
liang vagina)

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:31 PM

Terlalu banyak minum minuman berais -

merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 29 2008, 01:31 PM

Terlalu banyak masa lapang -

merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:32 AM

ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:32 AM

TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:33 AM

UBATI SAKIT DADA

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:33 AM

HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:34 AM

RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:35 AM

SIMPAN KELAPA PARUT

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:35 AM

GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:36 AM

MULUT BERBAU

Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:37 AM

TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:37 AM

HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:38 AM

KHASIAT DAUN JAMBU BATU

Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:38 AM

KHASIAT AIR BERAS

Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:39 AM

. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:40 AM

UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:40 AM

MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:41 AM

ARANG KAYU PERAPI RAMBUT

Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:42 AM

PENAWAR BISUL/KUDIS

Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:42 AM

CARA HILANGKAN GRIS

Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:43 AM

PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA

Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:43 AM

PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT

Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:45 AM

BILA NASI BERBAU HANGIT

Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:46 AM

UBAT DEMAM MALARIA

Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:47 AM

MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:48 AM

BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN

Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:48 AM

ELAK DARI MELECUR

Apabila bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih, cepatlah ambil sabun. Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah bahagian yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu tidak melepuh dan akan segera sembuh.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:49 AM

BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK

Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:49 AM

BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA

Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kiri dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:50 AM

HILANGKAN DEBU DARI BUNGA

Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda. Semburkan hembusannya ke arah bunga-bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:51 AM

GULA UBAT LUKA

Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:52 AM

MENGHILANGKAN BISUL

Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

Posted by: WebZone-_-Attack Oct 30 2008, 12:52 AM

TERKENA BISA IKAN KELI

Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati. Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnya segera sembuh.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:22 AM

RAWATAN LEPAS BERSALIN

Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda bersalin.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:23 AM

UBAT SAKIT MATA

Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:23 AM

TAK PEDIHKAN MATA

Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi masalah itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam kira-kira sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris-hiris

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:23 AM

RAMBUT HITAM BERKILAT

Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:24 AM

DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING

Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan daging anda.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:24 AM

HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK

Pucuk betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal belacan. Tetapi ada ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk mrnghilangkannya, cuba anda masukkan beberapa helai daun jambu batu atau dua tiga biji buah pinang masak ketika merebusnya.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:25 AM

SUBURKAN POKOK BUNGA

Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:25 AM

PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH

Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:25 AM

MEREDAKAN BENJOL

Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:26 AM

BATUK

Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah pala, setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batuk akan segera sembuh.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:26 AM

BATUK BERTERUSAN

Penghidap penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering melanda di sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau berlanjutan, se isi rumah turut terganggu. Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri anda, ubatilah dengan daun lidah buaya (ambil isinya sahaja), dihiris halus-halus kira-kira 20gm, kemudian dibubuh madu kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua kali sehari selama lebih kurang tujuh hari.


Penderita perlu berpantang seperti berikut:

* Jangan terlalu banyak makan makanan manis
* Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
* Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
* Jangan makan banyak mekanan pedas
* Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:27 AM

PENAWAR PENGSAN

Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah ambil air segelas dan bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsannya.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:27 AM

BENGKAK BUAH DADA

Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah dada, atasilah dengan petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:28 AM

BENGKAK DI BAWAH TELINGA

Penyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antara keluarga anda terkena penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah dengan mencampur sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling telinga. Atau Ambil sedikit nila dan cuka makan. Campurkan kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling telinga yang bengkak. Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:28 AM

RAMBUT SELALU GUGUR

Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:28 AM

KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING

Dinding yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu dan biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang perlahan-lahan.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:29 AM

DAUN PERIA UBAT KURAP

Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah menyembuhkannya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:29 AM

MEMBENTUK BULU KENING ANAK

Bagi ibu yang gemar melihat anak-anak mereka memiliki bulu kening hitam dan lebat. Ambil setangkai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian yang bergetah pada kening anak anda. Ambilkan setiap hari. Anda akan dapati tidak berapa lama selepas itu, kening anak anda menjadi lebat dan hitam menawan. Bagaimanapun, petua ini hanya sesuai diamalkan untuk bayi berumur hingga setahun saja. Bayi yang berusia lebih dari itu agak sukar sedikit.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:30 AM

HILANGKAN BINTIK MERAH KESAN CACAR AIR

Biasanya selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik merah pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:32 AM

RAMBUT HITAM LAMBAT BERUBAN

Ada petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga lambat beruban terutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:46 AM

MENYEMBUHKAN DEMAM

Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:46 AM

KURANGKAN SAKIT GIGI

Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:46 AM

ASAM GELUGUR UBAT SAKIT TEKAK

Dewasa ini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita sakit tekak. Petua mudah menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur, dibakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya- Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:46 AM

KAIN BATIK TIDAK LUNTUR

Untuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai daun batik, kemudian rebus dengan setengah periuk air. Apabila air mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam satu bekas. Masukkan kain batik dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:47 AM

TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT

Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:47 AM

HILANGKAN SAKIT GIGI

Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk menghilangkan rasa sakit gigi, cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:47 AM

BENGKAK GUSI

* Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua ini. Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.

* Petua kedua ialah dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:48 AM

GUSI BERDARAH

Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga berkumur dengan air daun siri

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:48 AM

PELEMBAB MUKA SEMULA JADI

Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka, anda boleh menggunakan pelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kubis sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:49 AM

SERI DAUN INAI

Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:49 AM

KHASIAT KUNYIT MUDA

Mingkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Unutk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:49 AM

KEGUNAAN PUCUK JAMBU BATU

Jika anda ada masalah untuk menyembuhkan jerawat, gunakan cara tradisional untuk mengatasinya. Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama-sama dengan bedak sejuk dan hasilnya tentu tidak mengecewakan.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:50 AM

CARA WANGIKAN ALMARI PEKAIAN

Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.

* Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:50 AM

ELAK BISA PAKU BERKARAT

Apabila kaki anda luka kerana terpijak paku yang berkarat, segera cari bawang putih yang berdaun. Buang kulitnya dan celupkan ia ke dalam minyak dan panaskan seketika di atas api yang sederhana besar. Kemudian segera tampalkan bawang putih itu pada bahagian yang luka tadi dan tukar bawang putih dua kali sehari. Ia dengan segera membuang bisa karat yang melekat dalam daging kaki anda. Jika keadaannya tidak pulih dan terus berbisa, segera jumpa doktor.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:51 AM

MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Ada dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

* Pucuk dan bunga betik. Caranya ialah dengan mencelurkan pucuk dan bunga betik itu hingga masak dan dimakan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.
* Daun kucai. Bersihkan secekak daun kucai dan dengan sedikit gula batu, kisar tanpa menggunakan air. Ambil pekatan yang dihasilkan itu dan embunkan semalaman. Kemudian boleh diminum pada sebelah pagi dan sebelum makan. Daun kucai amat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi seperti bunga dan pucuk betik tadi. Amalkan selalu, insya-Allah hasilnya sungguh memuaskan.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:51 AM

UBAT KENCING LAWAS

Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal ada penyakit batu karang, ambil beberapa biji lobak putih dan batang kangkung dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:51 AM

ATASI SAKIT TUMIT KAKI

Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kualai menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:52 AM

MENGHILANGKAN PAHIT DAUN BETIK

Bagi anda yang suka makan daun betik sebagai ulam, anda boleh menghilangkan rasa pahit daun betik itu dengan mencampurkan daun senduduk ketika merebusnya.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:52 AM

MENCUCI TAPAK SETERIKA BERKARAT

Mencuci tapak seterika yang kotor ada caranya. Petuanya adalah dengan menabur sedikit garam halus ke atas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak yang kotor tadi. Lakukan beberapa kali dan anda akan dapati kotorannya akan hilang.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:52 AM

SEGARKAN URAT SARAF DENGAN DAUN SERAI

Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran surat sarat anda boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari. Anda akan dapati bahan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:52 AM

UBAT SAKIT BENGKAK TEKAK

Jika anda mengalami sakit tekak, memang sukar untuk menelan terutama makanan yang keras, untuk merawatnya, ambilkan air didih nasi sebanyak satu cawan, minumlah air didih nasi itu, lakukan cara ini beberapa kali sehingga rasa perit dan sakit kerongkong anda sembuh.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:53 AM

DAUN RAMBUTAN MERAWAT GATAL KULIT KEPALA

Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 12:53 AM

IKAN TIDAK BUSUK

Bagi ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua atau tiga hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Namun adalanya bekalan electrik tiba-tiba terputus dan menyebabkan ikan jadi busuk. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk mencegahnya. Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang panas atau suam akan menyebabkan ikan busuk. Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.

Posted by: aina_sara Nov 1 2008, 11:29 AM

QUOTE (webzomAttack @ Oct 8 2008, 12:54 PM) *
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu


biar betul WA.. x psl kang lagi teruk kang.. huh.gif

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 1 2008, 08:55 PM

QUOTE (aina_sara @ Nov 1 2008, 11:29 AM) *
biar betul WA.. x psl kang lagi teruk kang.. huh.gif


Insyallah.Percayakan PETUA lama, jangan risau, boleh dicuba, Dah cuba baru tahu .
sedangkan petua yang dulu, dah di ikut dan di guna zaman berzaman xde yg penah pelik pun
Kita yang MODEN ni takut sgt
nak mencuba. Tapi selalu kan dan biasanya rawatan petua yg lama lebih mujarab dari ubat2 doktor.
Mungkin sesetengah je la.

Kalau takut sgt nak mencuba ada satu lagi cara, tgk kat bawah ni,


|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

BOLEH JUMPA DOKTOR LAGI SENANG DAN BAYAR



Posted by: cikfen Nov 11 2008, 07:24 PM

Berharga sungguh maklumat2 petua kat sini. Thanks.

Posted by: WebZone-_-Attack Nov 25 2008, 09:00 PM

QUOTE (cikfen @ Nov 11 2008, 07:24 PM) *
Berharga sungguh maklumat2 petua kat sini. Thanks.


A'ah. memang berharga kalau orang pandai menghargainya.

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)