IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Ciri-ciri tipikal lelaki
Pernilaian 1 V
missnariza
kiriman Jan 19 2009, 09:28 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 184
Sertai: 18-November 08
Daripada: klang
No. Ahli: 264



Ciri-ciri tipikal lelaki - macho, sasa dan pelindung mungkin tidak lagi relevan dalam memikat hati wanita sekarang. Jika anda lelaki berwajah bersih dan mahu menukar gaya penampilan, sekarang mungkin waktu sesuai!

Suatu kajian yang dilakukan ke atas wanita di United Kingdom (UK) baru-baru ini memberikan keputusan yang wajar difikir lelaki dalam menata gaya. Mengikut kajian itu, lelaki sekarang tidak lagi perlu mencukur bersih wajah mereka kerana wanita lebih tertarik kepada lelaki yang menyimpan jambang.

Responden yang ditemui menyifatkan lelaki dengan jambang pendek sebagai gagah, matang, agresif, menonjol dan sasa. Lelaki dari kategori ini dianggap paling sesuai dijadikan pasangan romantik sama ada untuk hubungan singkat atau jangka panjang.

Hasil kajian itu yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun, mungkin menjelaskan tarikan yang dimiliki aktor seperti George Clooney dan Brad Pitt yang menawan ramai wanita dengan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih.

Bagi kebanyakan wanita, lelaki yang menyimpan misai, jambang dan janggut lebih terserlah sifat kelelakiannya berbanding lelaki tidak bermisai dan berjanggut yang ada kalanya mereka gelar 'jambu' atau 'pretty boy'.
Misai dan janggut juga secara tidak langsung dapat membuatkan seseorang lelaki kelihatan lebih matang dan dominan, dua kualiti yang dicari rata-rata wanita.

Minat wanita juga berbeza-beza. Ada yang sukakan lelaki yang cuma menyimpan misai saja, ada yang suka pada lelaki yang menyimpan jambang saja dan ada yang terpikat pada yang memiliki kedua-duanya; misai dan jambang. Paling penting, misai dan jambang ini dijaga rapi dan tidak dibiarkan kelihatan bersepah kerana ia boleh menimbulkan pandangan bahawa anda seorang yang tidak terurus.

Sesetengah lelaki kelihatan menarik bila mempunyai misai, jambang atau janggut tapi ada juga yang tidak sesuai dengan penampilan sebegitu. Jika ramai yang memberi komen negatif mengenai penampilan anda yang bermisai, berjambang atau berjanggut - mungkin ia tidak sesuai dengan wajah anda.

Jadi, jika anda ingin mengetahui sama ada diri lebih menarik dengan misai dan jambang ataupun tidak, lebih baik kiranya anda tanyakan kepada rakan wanita di sekeliling anda.

Apa yang pasti, bermisai, berjambang ataupun tidak, semua ini adalah tarikan fizikal semata-mata.
Hakikatnya, biarpun seseorang lelaki itu 'lulus' dari segi penampilan fizikalnya di mata wanita tapi 'gagal' dari segi sikap dan keperibadian, misai, janggut, kumis atau jambang yang paling menawanpun tidak akan memberi sebarang makna.


INFO:
- Designer stubble atau jambang pendek (baru tumbuh) mampu membuatkan anda tampak lasak dan menyerlah, bergantung kepada bagaimana anda merapikannya. Gaya seperti ini selalunya sesuai dengan ramai lelaki tidak kira sama ada yang bersifat romantik. sofistikated atau bersahaja. Selain itu, gaya ini dikatakan tidak akan ketinggalan zaman.
- Jika anda mempunyai wajah 'baby face', dengan pipi bulat dan comel, designer stubble dapat membuatkan bahagian rahang anda tampak lebih cengkung selain menyembunyikan dagu yang berlapis.
- Gaya ini sesuai untuk anda yang kurang gemarkan suasana formal dan penampilan ini juga boleh dibawa ke pejabat asalkan anda sentiasa memastikan ia rapi.
- Bagi mendapatkan gaya ini, anda boleh bercukur selang dua hari. Terpulang kepada anda sama ada sesuai atau tidak sesuai untuk anda membiarkan jambang yang tumbuh di sekitar bahagian leher.
- Kenal pasti secepat mana pertumbuhan misai dan jambang supaya anda boleh menetapkan rutin perapiannya.
flex.gif

Iye ke ???
Go to the top of the page
 
+Quote Post
2 Mukasurat V  < 1 2  
Start new topic
Susulan (20 - 27)
mat.g™
kiriman Jan 28 2009, 12:58 PM
Kiriman #21


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



QUOTE (qifa_87 @ Jan 28 2009, 12:16 PM) *
mat nak jadi cam ni ke?
ni mesti biasa men tekken

hahaha aku mmg suka layan tekken, sakng dah kuar Tekken 6.. bila la agaknya akan kuar movie Tekken.. mesti best giler... nak kena cari character hero muker mcm Jin Kazama yg mukernya jambu giler mcm sirap jambu batu yeos.. laugh.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
padaiyappa©
kiriman Jan 28 2009, 02:38 PM
Kiriman #22


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



bahaya kalau muka jambu-jambu ... ada peminat .... contohnya macam saiful si kaki bontot


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 28 2009, 06:47 PM
Kiriman #23


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (Padaiyappa @ Jan 28 2009, 02:38 PM) *
bahaya kalau muka jambu-jambu ... ada peminat .... contohnya macam saiful si kaki bontot

shaiful mane ni..hahaha..
muke jambu cam muke 'baikkk punyerrrrr'..
dia kan jambu...
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Feb 4 2009, 12:54 PM
Kiriman #24


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



QUOTE (qifa_87 @ Jan 28 2009, 06:47 PM) *
shaiful mane ni..hahaha..
muke jambu cam muke 'baikkk punyerrrrr'..
dia kan jambu...

mana la pigi si saiful tu yer? terus ilang slps........ cv.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Feb 4 2009, 09:41 PM
Kiriman #25


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (mat.g @ Feb 4 2009, 12:54 PM) *
mana la pigi si saiful tu yer? terus ilang slps........ cv.gif

oooo.saiful tu....baru faham..sorry la lambat...
tapi cam dia tu..ade ke ciri2 lelaki sejati yg di idamkan setiap wanita
Go to the top of the page
 
+Quote Post
aina_sara
kiriman Mar 5 2009, 12:49 PM
Kiriman #26


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 418
Sertai: 12-July 08
No. Ahli: 5



saiful dh muncul balik daa... dia wat report polis sbb org fitnah dia x leh buang air beso..
err.. x leh buang air pun wat report polis ke?? mcm2 laa..


--------------------
www.tupperclick.com
Simply good living solutions!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Mar 5 2009, 12:54 PM
Kiriman #27


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



QUOTE (aina_sara @ Mar 5 2009, 12:49 PM) *
saiful dh muncul balik daa... dia wat report polis sbb org fitnah dia x leh buang air beso..
err.. x leh buang air pun wat report polis ke?? mcm2 laa..

apa lak citer pasai saipol ni, balik kpd topik kita lelaki tipikal yg jenis pipi cekung, rambut paras leher, pakai baju jalur2, seluar dockers, kasut perahu.. body tinggi lampai.... metroseksual guy la katakan..... 105.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
aina_sara
kiriman Mar 5 2009, 03:23 PM
Kiriman #28


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 418
Sertai: 12-July 08
No. Ahli: 5



eh.. saipol pun ada kaitan gak... sbb dia tu ensem gak la.. ciri2 lelaki tipikal, tp sayang... telah ditebuk topai. huhu..


--------------------
www.tupperclick.com
Simply good living solutions!
Go to the top of the page
 
+Quote Post

2 Mukasurat V  < 1 2
Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 13th May 2024 - 05:17 AM