QUOTE
Ulat tiket bas didenda RM10,000
KUALA LUMPUR: Seorang warganegara Indonesia hari ini dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret Trafik di sini kerana menjalankan kegiatan "ulat" tiket bas.
Saiful Mukhtar dari Aceh, Indonesia mengaku bersalah menawarkan tiket bas kepada orang ramai tanpa kuasa yang sah di Hentian Pudu Raya di sini ketika ditahan pihak berkuasa pada jam 12.30 tengah hari semalam.
Saiful Mukhtar, 38, merupakan "ulat" tiket bas pertama yang didakwa di mahkamah menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri awal bulan depan.